Segi tiga
pengelasan, diterangkan padanya kadar tanah liat (<0.002mm), lodak
(0.002-0.05mm) dan pasir (0.05-2.0mm) di dalam jenis-jenis pengelasan utama
Butir-butir kecil ini terdiri daripada lapisan-lapisan
mineral yang tersusun sebahagiannya di atas sebahagian yang lain, bercantum dalam keadaan
diamnya, dan ia adalah apa yang digambarkan oleh Al-Quran dengan firman-Nya
Subhanahu: {Dan engkau melihat bumi itu mati}
dan pada firman-Nya: {kosong sepi},
seperti mana juga terdapat di antara butir-butir kecil ini ruang-ruang udara.
Dan butir kecil tersebut membawa pada permukaannya cas-cas negatif elektrik.
Zarah-zarah
tanah liat (illite) lebih besar dari segi saiz berbanding kumpulan
montmorillonite dan ia terikat di antara satu sama lain dengan ion-ion potasium,
oleh itu perenggangan di antara zarah-zarah tersebut tidak berlaku
kecuali sedikit sahaja berbanding dengan montmorillonite
Pertama: Penggetaran:
Apabila air hujan turun ke atas tanah, berlaku padanya
getaran halus yang diisyaratkan oleh Al-Quran dengan firman-Nya: {maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, ia bergetar}
dan ia adalah dengan sebab apa yang berikut:
a-
Kejatuhan titis-titis hujan
terhadap butir-butir kecil tanah, lantas terhasil padanya gerakan mekanikal.
b-
Pergerakan molekul-molekul air
‘Pergerakan Brown’, kerana butir-butir kecil tanah yang berada pada keadaan
berair bergetar dengan sebab pergerakan molekul-molekul air. Getaran ini adalah
proses seni yang tidak mungkin disaksikan dengan mata kasar, walaupun mikroskop
telah dicipta pada tahun 1590M, fenomena getaran molekul-molekul pada keadaan
berair tidak disaksikan melainkan pada tahun 1827M di tangan ahli Botani
Scotland; Robert Brown. Beliau telah menyangka pada permulaannya, bahawa
pergerakan getaran bergelombang terhad pada biji-biji benih yang hidup apabila
diletakkan pada keadaan berair, kemudiannya telah mendapati selepas itu, bahawa
pergerakan yang sama ini terhasil pada biji-biji benih yang mati. Dengan
kemajuan ilmu, telah pasti bahawa getaran-getaran ini berlaku terhadap jisim-jisim
kecil yang halus, yang berpaut pada air, sekalipun jisim-jisim kecil adalah
daripada kaca, granit, asap atau selainnya seperti butir-butir kecil tanah dan
ia berlaku dengan sebab getaran molekul-molekul air.

Susunan
lapisan-lapisan silika dan aluminium pada butir-butir kecil tanah
montmorillonite. Perhatikanlah bahawa kemasukan air di antara lapisan-lapisan
tersebut menyebabkan butir-butir kecil tanah berkembang
c-
Penolakan air terhadap udara
yang wujud pada ruang-ruang di antara butir-butir kecil tersebut, lantas
berlakulah getaran pada butir-butir kecil tanah. Dan semakin halus butir-butir
kecil tersebut, semakin haluslah ruang-ruang di antaranya, menyukarkan mata
kasar daripada mengetahuinya, mengetahui pergerakan air di celah-celahnya serta
apa yang dihasilkan oleh air dari sebarang getaran terhadap butir-butir
tersebut.
d-
Timbulnya cas elektrik pada
permukaan butir-butir kecil tersebut dengan sebab turunnya hujan yang
menyebabkan ketidaktetapannya, dan berlaku pergerakan-pergerakan getaran tidak
mungkin tenang melainkan setelah diseimbangkan cas-cas ini dengan cas-cas yang
lain.
Lihat Encyclopaedia Britannica 2006 Ultimate
Reference Suite DVD dan Encarta Premium DVD 2006. Lihat juga “Madkhal ila
Falsafah Al-Ulum Al-Aqlaniah Al-Muasirah wa Tatawwur Al-Fikri Al-Ilmi” Dr.
Muhammad Abid Al-Jabiri m/s 323.
Penggantian
atau pertukaran Si4+ (Silikon) dengan Al3+ (Aluminium),
ataupun penggantian Mg2+ (Magnesium) atau Fe2+ (Ferum)
tempat Al3+ (Aluminium) akan mengakibatkan kehilangan 1 cas positif
dan seterusnya akan menarik ion-ion bercas positif (Ca2+, Mg2+,
K+, Na+, H+ dan Al3+) ke permukaan
tanah liat
Apabila bergetar lapisan-lapisan kecil lagi nipis yang
terbentuk oleh butir-butir kecil tanah tadi, ia membuka peluang bagi kemasukan
air serta ion
unsur-unsur yang larut di dalamnya ke dalam rekahan-rekahan mendatar di antara
lapisan-lapisan nipis itu. Lapisan-lapisan tersebut akan merenggang dan
butir-butir kecil tanah tadi akan menyubur dan mengembang dengan sebab penyimpanan
air di antara lapisan butir-butir kecil itu. Sebagaimana butir kecil tersebut
juga akan dilingkungi dengan lapisan air yang dipegang oleh kuasa tarikan
elektrik-statik.
Dan begitulah diisi ruang-ruang kosong di antara butir-butir kecil tersebut dan
dengan ini butir-butir keci tanah menjadi takungan-takungan air yang kecil,
yang menjadi sebab pengembangan tanah dan penambahan saiznya
serta pembekalan akar tumbuh-tumbuhan dengan air selepas berhentinya hujan.

Air yang masuk
ke celah lapisan silikon dan aluminium tanah akan mengakibatkan ketidakstabilan
cas-cas ion tanah. Cas-cas yang tidak stabil itu akan berterusan sedemikian
rupa selagi ia tidak dineutralkan dengan cas-cas yang sepadan. Proses ini
pertukaran cas ini [bulatan besar di sebelah kanan]
akan menjana pergerakan mikro pada zarah-zarah tanah. Tanah tersebut juga akan
mengembang kerana kemasukan air di antara lapisan-lapisannya. [bandingkan
rajah sebelah kanan dan sebelah kiri]
Ketiga: Penumbuhan Tumbuhan:
Dengan penurunan air hujan dan penakungannya di antara lapisan
butir-butir kecil tanah serta pada permukaan butir-butir kecil itu sendiri,
tumbuhan mendapat faedah daripada air tersebut sepanjang jangka masa yang
menyusuri penurunan hujan itu. Lalu biji-biji benih kering yang wujud di dalam
tanah akan mula menyerap air dan bahan-bahan mineral dari keadaan yang
melingkunginya, dan akan bergeraklah proses-proses kimia hidupan di dalam
biji-biji benih tersebut dan akan tumbuhlah .... dan .... serta keluasan mendatar
yang besar dari rerambut akar tumbuh-tumbuhan akan menjadi terdedah kepada
larutan tanah; antara perkara yang memudahkan baginya proses penyerapan air dan
unsur-unsur makanan.

Sebagaimana berjuta-juta hidupan bernyawa yang wujud di
dalam tanah juga menjadi aktif; kulat-kulat dan bakteria mengubah
reputan-reputan tumbuhan dan haiwan kepada bahan-bahan mineral yang diserap
oleh tumbuh-tumbuhan melalui akar. Cacing-cacing tanah melakukan penggalian
lubang-lubang merentasi tanah yang membuka ruang untuk kemasukan udara dan air
di celah-celah tanah lantas bumi pun menjadi menghijau dengan penumbuhannya
setiap pasangan yang indah permai.
Al-Quran telah menyifatkan pergerakan halus bagi
butir-butir tanah ini, yang tidak disaksikan kecuali dengan mikroskop,
sebagaimana ia juga menceritakan apa yang berlaku dari pertumbuhan (penyuburan)
butir-butir tanah yang kecil dengan sebab kemasukan air di tengah-tengah
lapisan yang terbentuk darinya, serta kemasukannya di tengah-tengah butir-butir
tersebut dan apa terhasil daripada itu, yang berupa penakungan berpanjangan
bagi air, lantas ia menjadi sebab bagi penerusan penumbuhan tumbuh-tumbuhan dan
pembesarannya pada waktu terputusnya hujan.
Firman Taala:
â ts?ur ßöF{$# ZoyÏB$yd !#sÎ*sù $uZø9tRr& $ygøn=tæ uä!$yJø9$# ôN¨tI÷d$# ôMt/uur ôMtFt6/Rr&ur `ÏB Èe@à2 £l÷ry 8kÎgt/ ÇÎÈ á
[maksudnya]: {Dan
(ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila
Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan
yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan
berjenis-jenis tanaman yang indah permai.}
[Al-Hajj:
5]
Makna-makna
Bahasa:
Firman-Nya Taala : هامدة
Disebut dari segi bahasa:
همد : ha’, mim dan dal:
asas yang menunjukkan kepada terpadamnya sesuatu.
أرض هامدة : yang tiada tumbuhan padanya.
Firman-Nya Taala : خاشعة
Disebut dari segi bahasa:
خشع : kho’, syin dan ain
: asas tunggal yang menunjukkan kepada perlahan.
بلدة خاشعة : yang berdebu.
الخشوع : diam dan tunduk.
خشعت الأرض : ia mengering kerana ketiadaan hujan.
الهمود في الأرض : bahawa tiada ada padanya kehidupan,
pengitaran, tumbuhan dan tidak juga menimpanya hujan. “dan engkau melihat bumi هامدة” iaitu kering
berdebu.
Firman-Nya Taala : اهتزت
Disebut dari segi bahasa:
هزّ : ha’ dan zai : asas yang
menunjukkan kepada berolak-alik pada sesuatu dan pergerakan.
اهتز الشيء : ia bergerak, اهتز النبات : ia membesar,
bergerak dan memanjang, الهز : menggerakkan sesuatu.
Firman-Nya Taala : وربت
Disebut dari segi bahasa:
الربو : pertambahan dan pertumbuhan. ربت : mengembang
dan meninggi. ربى
الشيء : ia bertambah dan tumbuh.
Stages of Soil
Formation
Soil formation is the
process by which rocks are broken down into progressively smaller particles and
mixed with decaying organic material. Bedrock begins to disintegrate as it is
subjected to freezing-thawing cycles, rain, and other environmental forces (I).
The rock breaks down into parent material, which in turn breaks into smaller
mineral particles(II). The organisms in an area contribute to soil formation by
facilitating the disintegration process as they live and adding organic matter
to the system when they die. As soil continues to develop, layers called
horizons form (III). The A horizon, nearest the surface, is usually richer in
organic matter, while the lowest layer, the C horizon, contains more minerals
and still looks much like the parent material. The soil will eventually reach a
point where it can support a thick cover of vegetation and cycle its resources
effectively (IV). At this stage, the soil may feature a B horizon, where
leached minerals collect.
© Microsoft Corporation. All Rights
Reserved.
Pendapat-pendapat
Ahli Tafsir:
‘هامدة’
a- kering tidak menumbuhkan sesuatu.
‘خاشعة’
c- kering tiada tumbuhan padanya bahkan mati.
‘اهتزت’
a- yakni dengan tumbuh-tumbuhan. kerana tumbuhan tidak
keluar darinya sehinggalah ia mengalihkan sebahagiannya daripada sebahagian
yang lain dengan pengalihan yang perlahan, oleh itu Dia menamakannya getaran
secara kiasan. Al-Mubarrid berkata: maknanya adalah bergetar
tumbuh-tumbuhannya, dihilangkan ‘mudhof’. Dan getaran pada tumbuhan lebih jelas
daripada yang terdapat pada tanah.
b- ia bergerak untuk mengeluarkan tumbuhan
c- gegaran tanah adalah pergerakannya bersama-sama
tumbuhan serta selainnya dari benda yang menutupinya bersama-sama air.
Kita dapat perhatikan daripada kata-kata ahli-ahli Tafsir,
bahawa mereka mengembalikan getaran tersebut kepada tumbuhan dan mereka
mentakwilkan ayat tersebut bukan mengikut zahirnya, dan sebahagian mereka
berkata; getaran pada tumbuhan lebih jelas daripada yang terdapat pada tanah.
Yang demikian adalah dengan sebab kekurangan maklumat pada zaman mereka dan
kerana getaran pada peringkat tanah dan butir-butirnya tersembunyi tidak
dilihat oleh mata kasar, walaupun ayat yang mulia jelas di dalam penasaban
getaran kepada tanah itu sendiri setelah Allah menurunkan hujan ke atasnya.
‘ربت’
a- ia mengembang dan bertambah
b- ia bergetar sebelum ia menumbuhkan
c- ia menaik sebelum ia menumbuhkan
d- mengembung dan meninggi kerana air yang memasukinya dan
tumbuhan yang meninggikannya
e- mengembung dan meninggi kemudian ia merekah daripada
tumbuhan
‘اهتزت وربت’
menyerap hujan di dalam menyuburkannya dan
menggemburkannya
Bentuk Ei’jaz
Al-Quran menyatakan [tentang] pergetaran tanah dan
penyuburannya selepas penurunan hujan ke atasnya, dan kedua-duanya adalah dua
proses seni yang tidak dilihat, tidak dirasai serta tidak mungkin diketahui
melainkan melalui penggunaan mikroskop.
Proses penggetaran dan penyuburan butir-butir kecil tanah
terhasil dengan turunnya hujan, dan penggetaran ini membolehkan air -dengan
izin Allah- menyelinap di antara lapisan-lapisan yang dibentuk untuk tanah
serta ruang-ruang di antara butir-butir kecil tersebut. Lalu butir-butir
tersebut akan mengembung dan bertambah saiznya serta menjadi penyimpan-penyimpan
air yang tumbuhan mengambil faedah daripadanya, di mana biji-biji benih yang
terdapat di dalam tanah akan menyerap air tersebut dan ia pun tumbuh, rerambut
akar tumbuh-tumbuhan juga menyedutnya lantas ia membesar dengan rahmat Allah.
Perincian hubungan di
antara penggetaran butir-butir kecil tanah, penyuburannya serta penumbuhan Bumi
adalah halus, tidak diketahui oleh, manusia melainkan setelah kemajuan ilmu kaji
tanah serta perkembangan radas-radas makmalnya.
Pemerhatian pertama terhadap penggetaran tersebut adalah
pada tahun 1827M walaupun mikroskop cahaya yang; iaitu alat yang diperhatikan
melaluinya penggetaran itu telah direka pada tahun 1590M,
sebagaimana Mikroskop Imbasan Elektronik yang boleh digunakan di dalam meneliti
unit-unit binaan yang membentuk butir-butir kecil tanah, tidak tercipta
melainkan pada tahun 1952M.
Dan menjadi nyata ketepatan ilmu Al-Quran dengan lebih
lagi apabila kita bentangkan pendapat-pendapat ahli Tafsir yang ilmu-ilmu zaman
mereka tidak menyelamatkan mereka di dalam memahami zahir ayat yang mulia
tersebut, lantas kebanyakan mereka terpaksa mentakwilkan dan membawanya kepada
kiasan.
Pemberitahuan Al-Quran dengan sejelas-jelasnya tentang
rahsia-rahsia ini adalah dalil bahawa ia diturunkan daripada [Tuhan] yang
mengetahui rahsia Langit dan Bumi; Yang berfirman:
â ö@è% ã&s!tRr& Ï%©!$# ãNn=÷èt §Åc£9$# Îû ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur 4 ¼çm¯RÎ) tb%2 #Yqàÿxî $\KÏm§ ÇÏÈ á
[maksudnya]: {Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui
segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.}[Al-Furqan : 6]
Yang menjanjikan kita di dalam kitab-Nya bahawa Dia akan
memperlihatkan kita ayat-ayat-Nya dengan firman-Nya Subhanahu:
â È@è%ur ßôJptø:$# ¬! ö/ä3Îãy ¾ÏmÏG»t#uä $pktXqèùÌ÷ètGsù 4 $tBur y7/u @@Ïÿ»tóÎ/ $£Jtã tbqè=yJ÷ès? ÇÒÌÈ á
[maksudnya]: {Dan
katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah (yang
melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung), Ia akan memperlihatkan
kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan
jelas nyata)"; dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan.}
[An-Naml : 93]
Lihat Encyclopaedia Britannica 2006 Ultimate
Reference Suite DVD dan Encarta Premium DVD 2006. Lihat juga “Madkhal ila
Falsafah Al-Ulum Al-Aqlaniah Al-Muasirah wa Tatawwur Al-Fikri Al-Ilmi” Dr.
Muhammad Abid Al-Jabiri m/s 323.
Telah direka mikroskop cahaya di tangan
Zacharias Janssen di Belanda. Sila rujuk Ensiklopedia Oxford jilid 9 m/s 105.
Ia telah dicipta oleh jurutera berbangsa
Inggeris Sir Charles Oatley, mankala mikroskop elektronik pindah alih yang
boleh digunakan juga di dalam meneliti unit-unit binaan tanah telah direka pada
tahun 1932M di tangan jurutera-jurutera berbangsa Jerman; Ernst A.F. Ruska and
Max Knoll. Lihat Encarta Premium DVD 2006 dan The Fundamentals of Soil
Physics, m/s 144, Daniel Hillel, Department of Botany and Soil, University of
Massachusetts, Amherst, Massachusetts, USA.
No comments:
Post a Comment