AD-DIN AN-NASIHAH
Daripada Tamim bin ‘Aus ad-Dari
r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya:
“Din itu adalah
nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk siapa,
wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk
kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk
ummah Islam seluruhnya.” (Hadith Riwayat Muslim)
Kepentingannya
Hadith ini mempunyai kedudukan yang
amat tinggi sehingga Abu Daud telah menjelaskan dengan katanya, “Ilmu Fiqh
bersekitar atas lima hadith, iaitu:
1.
hadith: “Perkara
yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas...”,
2. hadith: “Tiada kemudharatan dan tiada sesuatu yang
boleh memudharatkan.”,
3. hadith: “Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan
niat...”,
4. hadith: “Apa yang aku larangkan terhadap kamu daripada
melakukannya maka
jauhkanlah.”,
5. hadith: “Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannya
maka lakukannya sedaya upaya kamu.”.
Mengikut
Imam al-Hafiz Abu Naim bin Abdullah bin al-Asbahi, seorang muhaddith dan
sejarawan, menyatakan: “Bagi hadith ini suatu kedudukan yang begitu
besar.” Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan
katanya: “Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang
diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga
kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar
(intisari) ad-Din.
Kalimah an-Nasihah
An-Nasihah dari segi bahasa membawa
erti suci murni, manakala dari segi istilah pula diikatkan dengan dua keadaan:
Pertama: bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasan
semata-mata. Kedua: bila dihubungkan sesama manusia, maka ia bererti kalimah
yang membawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan oleh kalimah
itu.
Para sahabah r.a. telah bertanyakan
Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab
dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran),
Rasul-Nya barisan kepimpinan ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam
seluruhnya.”
Huraian Hadith
a.
An-Nasihah Li Allah
An-Nasihah Li Allah membawa maksud
keikhlasan yang yakin, bersungguh-sungguh dan semata-mata untuk Allah SWT dalam
rangka menerima segala kewajipan yang ditentukan-Nya. Kewajipan-kewajipan itu
hendaklah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya
hingga dapat merasai kelazatannya. Keikhlasan yang tinggi tidak akan
tercapai jika segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan tidak dilakukan
melalui proses tarbiyyah yang melahirkan kesungguhan, keyakinan dan ihsan.
Sifat ihsan itu tergambar apabila
seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT.
Jalan untuk mencapai tahap ihsan
ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul dan mendalam. Juga beriltizam
dengan pembentukan yang menjauhkan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan
keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang
dimakruhkan sekaligus menunaikan segala perkara yang difardhu atau diwajibkan.
Lebih tinggi daripada itu, melakukan amalan-amalan yang membawa taqarrub kepada
Allah SWT iaitu amalan-amalan
an-Nawafil (sunat).
Inilah
jalan tarbiyyah dan pembentukan. Jalan untuk melahirkan al-Muslim al-Rabbani
al-Multazim. Inilah jalan penting harakah Islamiyyah yang inginkan keredhaan
Allah SWT.
Amalan
ikhlas untuk Allah SWT semata-mata akan tercapai dalam bentuknya yang tertinggi
apabila seseorang itu berjihad secara ‘azimah. Jihad seperti ini memerlukan
kemampuan serta kerelaan hakiki, kesungguhan yang berterusan dan memusatkan
segala kepentingan kepada Allah SWT semata-mata.
Para al-Hawariyyun (penyokong) Nabi
Isa a.s. telah meminta penjelasan, “Apakah an-Nushu Lillah itu? “. Jawab Isa
a.s, “Bahawa kamu utamakan hak Allah SWT daripada hak manusia. Dan sekiranya
kamu berhadapan dengan dua keadaan yang jelas, satu untuk Allah SWT dan satu
lagi untuk keperluan dunia, maka urusan Allah SWT itulah yang mesti
disempurnakan terlebih dahulu.”
Kesimpulan an-Nasihah Li Allah itu
ialah i’tiqad yang sejahtera dalam mentauhidkan Allah SWT. Serentak dengannya
ialah mengabdikan diri secara syumul dan penuh jujur.
b.
An-Nasihah Li Kitab Allah
An-Nasihah Li Kitab Allah bermaksud
menerima Kitab Allah SWT dengan penuh keimanan dan menghayatinya mengikut
proses pembentukan secara berperingkat-peringkat. Penghayatan itu mesti
dipertahan, dikekalkan, seterusnya dikembangkan kepada manusia lain dengan
jihad yang ikhlas.
Penerimaan Kitab Allah SWT mestilah
dengan pembacaan yang betul, penelitian yang mendalam, pengamalan kewajipan
yang diperintahkan dan penghindaran segala larangannya.
c.
An-Nasihah Li Rasulillah
An-Nasihah Li Rasulillah membawa
erti beriman dengan kukuh terhadap kebenaran kenabian Rasulullah SAW dan
da’wahnya. Keimanan ini mencetuskan kepatuhan terhadap pembawaan dan sunnahnya.
Keimanan ini juga mengambil Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah sama ada
dalam bentuk percakapan mahupun amalan.
Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya: "Bahawasanya
salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang
diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga
kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari)
ad-Din.
Kalimah:
an-Nasihah
An-Nasihah dari segi bahasa membawa
erti suci murni, manakala dari segi istilah pula diikatkan dengan dua keadaan:
Pertama: bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasan
semata-mata. Kedua: bila dihubungkan sesama manusia, maka ia bererti kalimah
yang membawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan oleh kalimah
itu.
Para sahabah r.a. telah bertanyakan
Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab
dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran),
Rasul-Nya barisan kepimpinan Ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam
seluruhnya.”
Sifat ihsan itu tergambar apabila
seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT.
Jalan untuk mencapai tahap ihsan
ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul dan mendalam. Juga beriltizam
dengan pembentukan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara
yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Lebih tinggi
lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan sekaligus
menunaikan segala perkara yang diperintahkan.
An-Nasihah Li
Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim
An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa
Wulatihim membawa erti An-Nasihah untuk barisan kepimpinan umat Islam dan untuk
siapa sahaja yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin.
An-Nasihah kepada mereka juga
memberi erti cinta dan kasih kepada mereka, memperingatkan mereka supaya
sentiasa berada dalam tausih dan musyawarah dan membantu mereka dalam islah dan
ketaatan terhadap perkara-perkara hak. Juga memperingatkan mereka daripada
sebarang keadaan yang boleh menimbulkan fitnah dan kerosakan yang menggugurkan
hak kepatuhan dan wala’.
d.
An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin
An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin
membawa maksud pembentukan umat Islam seluruhnya. Juga
menunjukkan kepada umat Islam jalan kesejahteraan sebenar untuk dilalui dan
kekal di atasnya. Di samping itu ia memberikan penjelasan dan peringatan akan
jalan-jalan kerosakan agar mereka menghindarinya.
Pembentukan ukhuwwah tercapai dengan
cara mengasihi mereka seperti mana kita mengasihi diri sendiri. Seterusnya
membenci terhadap perkara-perkara yang boleh menyesatkan mereka.
Umat Islam adalah satu jamaah di
bawah lindungan kesatuan ‘aqidah dan kesatuan matlamat. Daripada hakikat ini
memancar syari’at Allah SWT dan akhlak al-Quran yang tunggal lagi qudus.
Beberapa perkara penting
1.
Jihad adalah
bukti kewujudan an-Nasihah untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ketiadaan jihad
tanpa uzur syar’i adalah bukti ketiadaan an-Nasihah untuk Allah SWT dan
Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:
“Tiada
dosa (lantaran tidak berjihad) ke atas orang-orang yang lemah, orang-orang yang
sakit dan orang-orang yang tidak memperolehi apa yang mereka nafkahkan, apabila
mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tiada sebarang jalan
sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik dan Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.” (at-Taubah: ayat 91)
Orang berkeuzuran syar’ie yang
terhalang untuk keluar berjihad tidaklah berdosa selagi mana dia benar-benar
ikhlas kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Jika dia membawa sifat-sifat
munafiq dan berpura-pura uzur untuk berpaling daripada jihad, bermakna dia
melakukan pendustaan dan tipu helah terhadap orang-orang Islam. Jelaslah dia
tidak berjihad dan tidak jujur.
2. An-Nasihah
untuk barisan pemimpin, pada pandangan Islam, adalah sangat penting.
Rasulullah SAW bersabda (yang
bermafhum):
“Sesungguhnya
Allah meredhai kamu dalam tiga keadaan: yang menyembah-Nya dan tidak
mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, yang berpegang dengan tali-Nya sepenuhnya dan
tidak berpecah-belah, dan yang nasihat-menasihati wali-wali Allah dan
pemerintahnya.”
“Tiga golongan
yang tidak digelincirkan atas mereka: hati muslim yang mengikhlaskan amalan
kepada Allah, nasihat-menasihati pemerintah-pemerintah dan sentiasa berada
dalam jamaah umat Islam.”
3. Rasulullah SAW
menjelaskan (yang bermafhum):
“Sesiapa yang
tidak mengambil berat dengan urusan yang berkaitan umat Islam maka dia bukanlah
daripada kalangan mereka.”
4. Dalam konteks Tarbiyyah
Islamiyyah Harakiyyah, ad-Din an-Nasihah ialah berusaha melahirkan kumpulan
Muslim Mu’min Muttaqi ‘Amil atau al-Jil ar-Rabbani al-Multazim atau Jil
al-Quran.
No comments:
Post a Comment