"Hai orang2 yang beriman, jika dtg kpdmu org fasik membawa suatu berita, maka periksalah dgn teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kpd suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yg menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" (Al-hujuurat)..... Rasulullah SAW bersabda : من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan kebaikan maka ia difahamkan tentang (ilmu) agama (Muttafaq ‘Alaih)
HIKMAH : Kebesaran Allah (SWF)
Saturday, 13 August 2011
Halwa Mata Buat Semua Slideshow
Friday, 12 August 2011
Aurat Wanita.....
Ini antaranya berdalilkan ayat 53 dari Surah al-Ahdzaab atas alasan menjaga kesucian hati kaum lelaki dan wanita serta lebih mampu mengelakkan fitnah. Imam al-Qurthubi rahimahullah menjelaskan dalam Tafsirnya berkenaan ayat tabir tersebut (Surah al-Ahdzaab, 33: 53) adalah mencakupi seluruh kaum wanita walaupun asalnya ditujukan kepada isteri-isteri Nabi.
Dari itu, jika dalam urusan ibadah solat fardhu di masjid dan menuntut ilmu pun demikian keadaannya, maka apatah lagi selain dari perkara tersebut, tentu perlu lebih dijaga lagi.
Semua tahu solat itu tiang agama. Perkara pertama di dalam rukun Islam. Tidak layak seorang itu mengaku Islam tetapi tidak pernah solat dan selalu tinggal solat. Adakah kewajiban solat lima waktu wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa ? Jika seseorang itu sudah baligh...?
Apabila seseorang yang sering meninggalkan solat lima waktu telah dinasihati dan ditegur agar dia mengambil berat akan ibadat solatnya dan dia sedar akan kebenaran itu. Adakah (si peninggal solat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan setiap solatnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si peninggal solat) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya 'on the spot' untuk mematuhi semua solat lima waktu tanpa melengah-lengahkan masa ?
Bolehkah memperlahan-perlahankan kewajiban solat setelah ditegur dan dinasihat ?
Aplikasi teori di atas:
Semua tahu wanita Islam WAJIB memelihara aurat. Berdosa besar jika wanita Islam membenarkan mana-mana bahagian tubuhnya dinikmati melalui fizikal dan pandangan mata oleh lelaki-lelaki bukan suaminya. Ramai wanita sedar bahawa fesyen ketat, sendat, singkat dan jarang itu tidak dibenarkan di dalam Islam. Dan ramai juga tahu, sepertimana aurat wanita diperlihara di dalam solat, begitu jugalah aurat mereka di kehidupan harian. Adakah kewajiban memelihara aurat di kalangan wanita Islam wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa sehingga mereka benar-benar bersedia ? Jika seseorang itu sudah baligh...?
Apabila seseorang wanita yang sering mendedah dan mempermainkan aurat telah dinasihatkan agar dia segera mengambil berat akan auratnya dan dia sebenarnya sedar akan kebenaran itu. Adakah (si wanita pendedah aurat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan kewajiban memelihara auratnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si wanita pendedah aurat itu) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya mematuhi tatacara berpakaian wanita mengikut Islam tanpa melengah-lengahkan masa, kerana ia adalah arahan ALLAH ?
Bolehkah memperlahan-lahankan kewajiban memelihara aurat setelah ditegur dan dinasihat ?
Jadi, satu lagi persoalan saya ajukan.
Kewajiban menutup aurat. Wujudkah istilah menutup aurat secara perlahan-lahan ? Wujudkah istilah 'slow-slow' tutup aurat..? Jauh di sudut hati, rasa belum puas untuk menayang kecantikan diri dan rasa tidak sanggup meninggalkan koleksi pakaian sendat dan ketat yang sekian lama digemari.
Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Betulkah ?
Reaksi penulis: "Bodohnya....jika dalam dunia realiti mereka harap sebegitu daripada lelaki-lelaki..."
Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini rasa bangga diri dengan kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak gambar dengan aksi posing yang lebih memikat.
Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan rangsangan untuk *ber 'masturbasi'. Anda pasti tahu apa itu *'masturbasi', tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.
Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat.
Apa yang bodohnya: Bila dalam bilik dia tanggal tudung, boring-boring dia pergi ambil kamera digital /kamera handphone, 'snap' gambar sendiri yang tak pakai tudung, lepas tu upload dalam Facebook atau blog peribadi. Dalam album online dia, secara sengaja telah memberi perbandingan percuma gambar dia bertudung dan tak bertudung, mana yang lebih cantik.
Stupidity #2
Allah memang anugerahkan dia rezeki muka yang lawa. Ditambah pula dengan susuk tubuh yang cantik. Rezeki halal untuk suaminya yang sah suatu hari nanti, (bukan untuk ditayang-tayangkan) . Apa yang bodohnya: Mentang-mentang dia tahu dia perempuan lawa dan dia perasan ramai lelaki minat tengok dia. Dia mula jadi GEDIK iaitu menunjuk-nunjuk tarikan kecantikan dan kewanitaannya agar lelaki-lelaki lebih berminat melihatnya. Dia berani pakai baju sendat, jeans sendat dan fesyen Mulismiah pelik, selepas itu posing dalam gaya yang manja dan kemudian upload gambar-gambar tersebut dalam Facebook atau blog peribadi supaya ramai orang dapat tengok.
Stupidity #3
Muka yang comel dan lawa Allah anugerahkan kepada dia. Ramai lelaki yang melihat memang akan terpersona. Pakaian dia tidaklah sendat dan seksi, tetapi masalah dia ialah gemar 'snap' gambar wajah sendiri yang comel cun itu dan upload ke dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok. Lelaki-lelaki gila seks pun tengok muka juga, mereka memang suka yang cantik dan comel, yang hodoh mereka tak ingin. Awas !
Stupidity #4
Wanita Melayu Islam kategori ini adalah yang paling melampau dan juga paling hipokrit. Bertudung sebab nak pergi sekolah dan ke tempat kerja sahaja. Apa yang hipokritnya: Bila keluar jalan-jalan di bandar, dia buka tudung, pakai jeans sendat atau legging, baju sendat siap boleh nampak lurah buah dada. Pergi clubbing dan berparti sosial, lepas tu ambil gambar sendiri dalam keadaan begitu dan upload dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok.
Stupidity #5
Lelaki dan perempuan jika sudah berkahwin sudah halal pegang-pegang dan peluk-peluk. Itu memang diakui. Apa yang bodohnya: Banyak kes, suami isteri berposing dalam keadaan manja bermesraan, pakaian si isteri tersayang pula sendat dan ketat di dalam baju persandingan, kemudian diambil gambar mereka. Jika untuk tatapan diri sendiri dan keluarga terdekat memang OK. Tetapi, ada juga pasangan yang gatal meng-upload gambar romantis mereka itu ke dalam Facebook dan blog. Kalau pakaian si isteri imej 'ala-ala alim agama', mungkin selamatlah, tetapi yang ini baju kain satin, potongan sendat dan jarang pula tu. Alamat, stalker curi dan kena fantasi lah !
Jika berbalik kepada Islam, Islam ternyata melarang wanita-wanita Islam bermegah-megah dengan daya tarikan seksual dan kecantikan yang mereka ada. Allah memberikan nikmat kecantikan wajah dan tubuh badan kepada wanita-wanita tertentu sebagai ujian kepada nafsu kaum lelaki dan juga ujian terhadap wanita-wanita terbabit. Ini kerana Allah mengarahkan wanita-wanita Islam agar memelihara aurat sepenuhnya dan memastikan kecantikan fizikal dirinya hanya dapat dinikmati dengan sangat seronok oleh lelaki yang halal baginya iaitu sang suami suatu hari nanti.
Menunjuk-nunjuk kecantikan, membawa padah pada harga diri sendiri.
Renung-renungkan. Selamat beramal.
..................................................................................................................
1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?
4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?
Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.
Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindungi
Kisah Perang Badar
Perang ini bertujuan memerangi kaum Quraisy dan Bani Hamzah. Sayangnya, meski persiapan sudah matang, peperangan tak sempat berkecamuk. Sebab, Bani Hamzah menawarkan perdamaian. Rasulullah Saw bersama para sahabat kemudian kembali ke Madinah.
Selang beberapa saat, Rasulullah Saw mendengar berita kedatangan kafilah kaum Quraisy di bawah pimpinan Abu Sufyan bin Harb dari Syam. Kafilah ini menuju Mekah.
Abu Sufyan adalah musuh kaum Muslim. Mengingat dulu, saat kaum Muslim masih berada di Mekah, harta mereka banyak yang dirampas oleh kafir Quraisy, maka Rasulullah memerintahkan untuk mencegah iring-iringan kafilah tersebut dan merampas barang bawaan mereka sebagai gantinya.
Anjuran Rasulullah Saw ini hanya disambut oleh sebagian kaum Muslimin di Madinah. Mereka menyangka, seperti halnya pada Perang Widan, tak bakal terjadi peperangan.
Pada suatu malam di bulan Ramadhan, berangkatlah sekitar 314 orang Muslim, langsung dipimpin Rasulullah, dengan membawa 70 ekor unta. Setiap unta ditunggangi secara bergantian oleh dua atau tiga orang.
Rencana penyerangan ini bocor. Abu Sufyan, setelah mendengar rencana penghadangan ini, segera mengutus seorang kurir bernama Dhamdham bin Amer Al Ghiffari ke Mekkah untuk meminta bantuan kaum Quraisy. Ia khawatir harta kekayaan yang sedang ia perniagakan direbut oleh kaum Muslim.
Demi mendengar berita dari utusan Abu Sufyan, seluruh kaum Quraisy dengan serta merta menyiapkan diri lalu berangkat meninggalkan Mekah menuju Madinah dengan tujuan berperang. Tak seorang pun dari tokoh Quraisy yang tertinggal. Jumlah pasukan kira-kira 1.000 personil.
Awalnya, pasukan Muslim tak mengetahui keberangkatan bala bantuan tersebut. Sementara iring-iringan kafilah Abu Sufyan telah berhasil meloloskan diri dengan menyusuri mata air Badar, terus ke pantai, lalu menuju Mekkah.
Setelah mengetahui rencana penghadangan gagal dan bala tentara Quraisy dalam jumlah besar akan menyerbu kaum Muslim, Rasulullah Saw segera mengumpulkan para sahabatnya kaum Muhajirin. Dalam keadaan tak memiliki pilihan lain kecuali berperang untuk mempertahankan diri, Rasulullah Saw masih sempat meminta dukungan kepada para sahabatnya.
Ternyata, meski jumlahnya sedikit, semangat kaum Muhajirin untuk berjihad tetap menyala. Apalagi, perang sudah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala (Swt).
Kaum Quraisy, di bawah pimpinan Abu Jahal, mulai berjalan ke arah lembah Badar. Lembah ini memang sejak lama diincar oleh Abu Jahal untuk diduduki. Mereka bergerak sampai ke salah satu sisi lembah Badar.
Sedangkan pasukan Muslim, dipimpin Rasulullah Saw, tiba di pinggir yang berseberangan. Posisi mereka nyaris berhadap-hadapan di dekat mata air Badar.
Salah seorang sahabat, Al Habab bin Mundzir Radhiyallahu ‘anhu (Ra), bertanya kepada Rasul Saw, ”Ya Rasulullah, apakah dalam memilih tempat ini Anda menerima wahyu dari Allah Swt yang tidak dapat diubah lagi? Ataukah berdasarkan taktik peperangan?”
Rasulullah Saw menjawab, ”Tempat ini kupilih berdasarkan pendapat dan taktik peperangan!”
Al Habab mengusulkan, ”Ya Rasulullah! Jika demikian, ini bukan tempat yang tepat. Ajaklah pasukan pindah ke tempat air yang terdekat dengan musuh. Kita membuat kubu pertahanan di sana dan menggali sumur-sumur di belakangnya. Kita membuat kubangan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dalam keadaan persediaan air minum cukup, sedangkan musuh tidak akan memperoleh air minum!”
Rasulullah Saw menjawab, ”Pendapatmu cukup baik!” Lalu, pasukan Muslim bergerak ke tempat yang diusulkan oleh Al Habab bin Mundzir Ra.
Ketika tentara musyrik Quraisy dengan angkuhnya maju menuju lembah Badar, Rasulullah Saw segera mengangkat tangannya ke langit, seperti dilakukan oleh Nabi-nabi Bani Israil, dan berdoa, ”Ya Robbi! Jika pasukan kecil ini sampai binasa, tidaklah akan ada lagi yang menyembahMu dengan hati yang ikhlas!”
Rasul Saw terus memanjatkan doa kepada Allah Swt dengan khusyuk seraya menengadahkan kedua telapak tangan ke langit.
Abu Bakar Ash Shidiq Ra, yang melihat kesedihan di wajah Rasulullah Saw, berusaha menenangkan hati junjungannya itu seraya berkata, ”Ya Rasulullah, demi diriku yang berada di tangan-Nya, bergembiralah! Sesungguhnya Allah pasti akan memenuhi janji yang telah diberikan kepadamu!”
Lalu, tiga orang Quraisy maju ke lapangan terbuka yang memisahkan kaum Muslim dan kaum Quraisy. Inilah kebiasaan orang Arab saat pertempuran akan dimulai: duel satu lawan satu. Tiga sahabat Rasul Saw, Hamzah, Ali bin Abu Thalib –dengan pedang bercabang dua yang diberi nama Zulfikar– dan Abu Ubaidah, menerima tantangan itu.
Pertarungan berlangsung seru. Akhirnya, Hamzah, Ali, dan Abu Ubaidah, memenangkan pertarungan. Dengan kemenangan ini semangat kaum Muslim semakin membara. Sebaliknya, kaum Quraisy semakin ketakutan.
Pertarungan pun kemudian berubah menjadi pertarungan umum. Dan, benarlah Abu Bakar Ash Shidiq Ra bahwa Allah Swt tak pernah mengingkari janji-Nya.
Tertulis dalam Al-Qur`an surat Ali Imran ayat 3, yang artinya, ”Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang Muslim dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.”
Juga pada surat yang sama ayat 123 hingga 126, ”Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu menjadi orang yang bersyukur. (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang Mu’min, ‘Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)? Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap-siaga, dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.’ Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai kabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar tenteram hatimu karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Orang Mekah berhasil dipukul mundur. Mereka menderita kekalahan besar. Banyak pemimpin mereka yang tewas. Abu Jahal, salah satunya, jatuh sebagai korban kesombongannya yang tidak terkendalikan.
Dari pihak kaum musyrik, terbunuh 70 orang dan tertawan 70 orang. Sedangkan dari pihak kaum Muslim gugur sebagai syuhada 14 orang.
Tentara musyrik yang tertawan itu diperlakukan secara baik oleh kaum Muslim, kecuali dua orang, salah satu dari keduanya adalah Nazr bin Harits –seperti tertulis dalam Al-Qur`an surat Al Anfal ayat 32. Keduanya dihukum mati karena kebenciannya yang sangat kepada kaum Muslim.
Sementara tawanan yang lain diperlakukan dengan rasa kemanusiaan yang amat besar. Atas perintah Rasulullah Saw, mereka tak boleh disakiti. Bahkan, kaum Muslim membagi makanannya sendiri kepada para tawanan itu. Roti yang paling baik diberikan kepada kaum kafir yang malang, sementara kaum Muslim cukuplah menyantap buah korma saja. Para tawanan naik kendaraan, sementara pasukan Muslim hanya berjalan kaki. Mereka benar diperlakukan layaknya seorang tamu. [Sahid/www.hidayatullah.com]
Analisis Perang Badar
FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA KEMENANGAN
1. Pengusiran umat islam dari kota Mekah dan rampasan harta benda.
Pengumuman perang telah dicanangkan oleh orang musyrikin sejak Baginda menyeru masyarakat Arab di Mekah untuk menyembah Allah. Mereka juga menghalalkan dan merampas harta benda milik orang Islam di Kota Mekah, khususnya terhadap orang Muhajirin
2. Memberi pengajaran kepada orang kafir Quraisy dan mengembalikan harta benda milik umat islam.
Baginda menghebahkan berita bahawa angkatan dagang Quraisy membawa bersama harta benda mereka
3. Penindasan kaum Quraisy terhadap umat islam hingga ke Kota Madinah
Penindasan yang dilakukan oleh orang Quraisy terhadap umat islam tidak hanya ketika mereka berada di Mekah. Dibawah pimpinan Kurz b. Habab Al-Fihri, mereka menghasut kaum Musyrikin lainnya untuk menyerang dan merampas balik harta benda milik umat Islam di kota Madinah
4. Kebimbangan orang Quraisy terhadap kekuatan ekonomi umat islam
Islam telah berkembang dan tersebar luas dan diterima baik oleh kebanyakan kabilah Arab setelah umat Islam berhijrah ke Madinah. Selain itu, keadaan ekonomi Madinah menjadi semakin kuat dan semakin kukuh. Kekuatan ekonomi umat Islam di Madinah menjadi satu tamparan besar buat orang Arab Quraisy di Mekah. Mereka tidak senang duduk dengan perkembangan dan kemajuan yang berlaku pada masyarakat Islam ketika itu.
TENTERA MUSLIM
Bilangan tentera dan peralatan perang bagi kedua-dua pihak ini adalah tidak seimbang . Namun pihak yang mempunyai jumlah tentera yang sedikit serta peralatan perang yang biasa telah memenangi peperangan ini. Berdasarkan cirri-ciri tersebut, kita dapat lihat bahawa kemengan umat Islam adalah bukan kerana kecanggihan alat perang atau ramainya bilangan tentera yang berjuang. Namun, kepimpinan yang mantap, ciri-ciri peribadi yang hebat, kerjasama yang utuh, hasil kesabaran mereka serta bantuan daripada Allah telah membawa umat Islam untuk melakar kejayaan dan kegemilangan dalam Perang Badar ini.
1. Ciri-ciri peribadi
Menunjukkan sikap yang sangat positif dan rasa kebersamaaan yang tinggi. Contohnya: Miqdad b Amru berkata : “Ya Rasulullah, teruskan apa yang Allah perlihatkan kepadamudan kami akan bersamamu. Pergilah engkau dan tuhanmu berjuang, sesungguhnya kami akan bersama kamu sebagai para pejuang”
Percaya dan beriman dengan sepenuhnya terhadap apa yang dibawa oleh Rasulullah Contohnya: Sa’ad b Mu’adh berkata: “kami mempersaksikan bahawa apa yang engkau bawa adalah benar. Untuk itu kami telah memberikan perjanjian kami kepadamu untuk dengar dan patuh”
Rasa tawakal yang tinggi terhadap Allah
2. Kerjasama
Sentiasa patuh dengan arahan Rasulullah sebagai ketua dan sentiasa bersatu dalam membuat keputusan walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang
3. Bantuan Allah
Allah telah menghantar tentera malaikat untuk membantu tentera Muslimin. Ibn Ishak menyebut bahawa Rasulullah bersabda mafhumnya; “ Terimalah berita gembira hai Abu Bakar, bantuan Allah telah sampai kepadamu. Inilah JIbrail yang telah memegang tali kekangan kuda lalu memacunyanya di atas denai yang berdebu.”
STRATEGI MUSLIMIN
1. Menjalankan operasi perisikan
Sebelum perang berlaku, Rasulullah menjalankan operasi perisikan bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Kota Mekah untuk mengetahui perancangan tentera Qurasiy pada ketika itu.
2. Mendahului ke lokasi paling strategik
Sumber air memainkan peranan penting terutamanya dalam sesuatu peperangan yang berlaku ditengah-tengah padang pasir. Oleh itu, Rasulullah bergerak bersama dengan tenternya lebih awal supaya mereka sampai terlebih dahulu ke mata air Badar sebelum orang Musyrikin sampai.
3. Membina tempat duduk pemimpin
Sa’ad b Mu’adh mencadangkan kepada Rasulullah supaya tentera islam islam membina sebuah tempat tetap bagi Baginda mengeluarkan arahan demi menghadapi suasana yang tidak dijangka.
4. Menyusun pasukan tentera
Sesungguhnya banyak ibrah yang boleh dijadikan iktibar melalu kisah perang Badar ini. Pemilihan ketua yang berdedikasi serta berwibawa amatlah penting kerana dengan adanya pemimpin yang berkaliber lah sesuatu organisasi atau misi boleh dicapai.
Selain itu juga, berfikiran terbuka dan berpandangan jauh dalam merancang strategi juga memainkan peranan yang amat penting. Hal ini terutamanya ketika kita berhadapan dengan musuh yang sudah sememangnya mempunyai perancangan yang tersusun rapi. Saidina Ali ada berkata; “Suatu kebatilan yang tersusun akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”. Melalui hadis tersebut bolehlah disimpulkan bahawa teknik dan strategi yang mantap dan tersusun sangatlah penting sekiranya kita menginginkan kejayaan. Tetapi harus diingatkan bahawa sebaik mana pun perancangan kita, jangan pernah lupa pada perancangan Yang Esa kerana sesungguhnya Allah adalah sabaik-baik perancang.
Di samping itu juga, antara pengajaran yang boleh dikutip melalu peristiwa ini ialah keimanan serta ketakwaan yang tinggi kepada Allah. Kita juga hendaklah sentiasa yakin dengan bantuan dan janji-janji yang telah disebutkan oleh Allah. Jangan sekali-kali meragui janji Allah kerana sesunggunnya Allah tidak akan pernah mengingkari janjiNya. Justeru, sebagai orang islam yang beriman kepada Allah, kita mestilah sentiasa berdoa dan bertawakal kepda Allah kerana segala perkara yang berlaku kepada diri kita mahupun orang lain telah ditakdirkan oleh Allah. Oleh itu, bersyukurlah dengan nikmat dan ujian Allah yang diturunkan kepada hambanya yang beriman. Firman Allah:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”
Renunugilah kisah peperangan Badar ini kerana setiap yang berlaku itu bukanlah sia-sia dan semestinya banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran, sama ada dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.
Wallahua’lam.
Rujukan: SOLUSI ( Analisis Perang Badar 313)
CARA MEMPERKUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN
Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang
positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam
memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan-peraturan ini di pegang
teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin
kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara
persaudaraan :
MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda
ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia
memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.
BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah
bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari
kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga
seperti itu."
MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis
yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda
ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang
dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia
senyuman kegembiraan." (HR Muslim)
BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya
bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat
tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari
Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan
melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."
MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik
meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah
berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai
kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling
memberi kerana Aku."
MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra
bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan
selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan
nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani).
MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu'
bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling
memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan
menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani
meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda
ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi
hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."
MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra.
Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban
penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan
beban penderitaannya
di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah
pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa
yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya)
di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika
hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)
MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN - Untuk memperkukuhkan ukhwah maka
adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara
lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika
bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).
Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang
muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan
mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa
dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa,
mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi. Maksud dari
semua itu adalah tidak lain
untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali gus untuk mempereratkan
ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah betul-betul ikhlas kerana
Allah SWT
~Hadith riwayat at-Tirmiza~
..akhirat negeri abadi..
Rasulullah bersabda yg maksudnya;
"siapa yang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan membuatnya merasa kaya dalam hatinya,segala urusannya menjadi teratur & dunia dtg kpdnya tanpa perlu mengejarnya. Sementara siapa yg menjadikan dunia sbg pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya,segala urusannya menjadi kacau dan kepadanya dunia dtg sekadar yg telah ditakdirkan baginya"
-hadis riwayat at-Tirmidzi-

