HIKMAH : Kebesaran Allah (SWF)

Thursday, 11 August 2011

Puasa Hikmah dan Hukum Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani



Puasa
Hikmah dan Hukum





Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani







Diterjemahkan oleh
Unit Penterjemahan dan Penyelidikan
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman

Pendahuluan

Sesungguhnya segala puji bagi Allah, kita memuja:Nya, kita meminta pertolongan-Nya, kita meminta keampunan-Nya. Kita berlindung dengan Allah dari kejahatan-kejahatan diri kita serta keburukan-keburukan amalan kita. Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tiada penyesatan untuknya dan sesiapa yang Dia sesatkan maka tiada petunjuk untuknya. Saya mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Dia sahaja, tiada sekutu bagi-Nya. Dan saya mengaku bahawa Muhammad itu hamba-Nya dan utusan-Nya.


[maksudnya]: {Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.}[Aali Imran : 102]

[maksudnya]: {Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.}[An-Nisa’ : 1]

[maksudnya]: {Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.}[Al-Ahzab : 70-71]

Adapun sesudah itu: Sesungguhnya sebenar-benar percakapan adalah Kitab Allah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad r, dan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan darinya, dan setiap yang diadakan itu adalah bidaah, dan setiap bidaah itu adalah kesesatan.

Wabadahu; Sememangnya puasa adalah ibadat yang dikhaskan Allah untuknya. Tidak disembah sekutu-sekutu, berhala-berhala dan patung-patung selain-Nya dengan ibadat puasa, kerana itu dijadikan padanya pahala berlipat-kali ganda sebagaimana berfirman Taala di dalam Hadith Qudsi:
إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ
[maksudnya]: (melainkan puasa kerana ia adalah untuk-Ku dan akulah yang akan membalasnya)[1].

Allah menjadikan kesihatan tubuh badan sebagai balasan segera untuk puasa, seperti mana berfirman Taala:

[maksudnya]: {Dan kamu berpuasa lebih baik untuk kamu, jika kamu mengetahui}[Al-Baqarah : 184]. Kesihatan tubuh sebagai balasan dan kebaikan segera; itulah yang dibincangkan oleh sumber-sumber perubatan, dan yang terpenting di antaranya adalah buku (Mukjizat Puasa) oleh Doktor Abdul Jawwad As-Sowi.

Allah juga menjadikan pembebasan belenggu daripada api-api Neraka sebagai balasan yang mendatang untuk orang-orang berpuasa seperti mana yang datang di dalam hadith Abi Hurairah t beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah r:
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ
[maksudnya]: (Apabila awal malam bulan Ramadhan, akan diikat syaitan-syaitan dan penderhaka-penderhaka jin, ditutup pintu-pintu Neraka maka tidak terbuka darinya walau satu pintu pun, dibuka pintu Syurga maka tidak tertutup darinya walau satu pintu pun, dan akan menyeru [suara] penyeru; wahai yang menginginkan kebaikan maralah dan wahai yang menginginkan kejahatan berundurlah. Dan bagi Allah orang-orang yang dibebaskan daripada Neraka dan itu adalah setiap malam)[2].

Allah telah memuliakan orang-orang Islam di dalam Ramadhan dengan rahmat-Nya dengan diikat penderhaka-penderhaka dari kalangan Syaitan. Oleh itu, turun ke atas orang-orang Islam kesejahteraan agama yang dapat disaksikan oleh sesiapa yang memerhati keadaan mereka di dalam bulan yang mulia ini. Dan Dia telah menjadikan di dalamnya satu malam, yang pengabdian kepada-Nya pada malam berkenaan lebih baik daripada pengabdian kepada-Nya selama seribu bulan. Di antara tanda-tanda malam tersebut adalah terbitnya Matahari pada paginya putih bersih tidak mempunyai sinaran, berlainan dengan terbitnya pada hari-hari lain.

Kami telah bentangkan di dalam buku kecil ini sebahagian daripada perkara yang kami nyatakan sebentar tadi, sebagaimana kami juga membentangkan sejumlah hukum-hukum puasa yang dilakukan oleh Kelab Fiqh Siswa dan Kelab Fiqh Siswi di bawah pengawasan pensyarah-pensyarah mereka.

Kami memohon [kepada] Allah agar menerima usaha ini dan memanfaatkan dengannya Islam dan orang-orang Islam, dan segala puji bagi Allah; Tuhan sekalian Alam.



Pengenalan Puasa

Pengenalan Puasa Syar’ei Islam:
Ia adalah menahan daripada makan, minum dan bersetubuh dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat.


Pengenalan Puasa Perubatan (Berlapar):
Iaitu: sekatan menyeluruh atau separa, untuk satu jangka masa yang lama atau sekejap, daripada mengambil makanan dan minuman serentak ataupun daripada makanan sahaja.[3]

Telah berlaku percampuran dan kekeliruan di antara Puasa Syar’ei Islam dengan Berlapar; ia adalah antara yang menjadikan penerima Sains Moden terutama ahli perubatan, tidak dapat membezakan di antara kedua-duanya, dan mereka mengenakan kesilapan-kesilapan Berlapar terhadap Puasa Islam.

Doktor Abdul Jawwad As-Sowi berkata: Puasa perubatan adalah seseorang menahan di dalamnya daripada makan sahaja, tidak daripada air, untuk satu jangka masa yang lama mahupun sekejap, dan ideanya diasaskan di atas fakta kadar tenaga yang tersimpan di dalam tubuh bagi membekalkan manusia dengan kehidupan dan pergerakan untuk masa yang berkitar dari sebulan hingga tiga bulan.


Faedah-faedah Berlapar (Puasa Perubatan)
Sesungguhnya telah dicatatkan kesan-kesan berfaedah bagi Berlapar (puasa perubatan) yang berlaku terhadap tugas-tugas utama tubuh. Ahli-ahli perubatan mendapat manfaat daripadanya, dan mereka mendirikan demi kerananya klinik-klinik kesihatan yang merawat ketidakstabilan tubuh serta sebahagian penyakit-penyakitnya yang kronik dengan berpuasa.

Pengarang buku The Hygienic System Vol III; Fasting and Sun Bathing; Herbert M. Shelton(i) telah menyatakan sebahagian daripadanya, yang boleh diringkaskan di dalam noktah-noktah berikut[4].

1 – Meluangkan kerehatan tugas (fisiologi) kepada semua anggota-anggota tubuh.

2 – Membuang toksik-toksik dan lebihan-lebihan keluar tubuh.

3 – Pembaharuan sel-sel tisu.
Seorang ahli sains pakar iaitu Upton Sinclair(ii) berkata: Sesungguhnya perkara terbesar yang diberikan kepada kita oleh puasa adalah satu peringkat baru daripada kesihatan. Itu adalah kerana organ akan diperbaharui secara keseluruhan, maka akan bertambah baik tugas-tugasnya yang pelbagai dan ia akan menjadi cergas, serta tubuh akan diberi peluang terbaik untuk dibersihkan daripada toksik-toksik dan lebihan-lebihan yang bertimbunan di antara ruang-ruangnya dan pada teras tisu ototnya.[5]

Uji kaji oleh Carlson(iii) dan Kunde(iv) di Bahagian Fisiologi, Universiti Chicago telah menunjukkan bahawa “puasa untuk jangka masa seminggu memadai bagi pembaharuan sementara tisu-tisu di dalam tubuh seseorang manusia yang pada empat puluh tahun umurnya; di mana ia akan mengembalikan tisu-tisu ini kepada keadaan tugas (fisiologi) yang menyerupai keadaan di sisi orang yang umurnya tujuh belas tahun”.[6]

Bahkan uji kaji yang dijalankan kepada manusia dan dijalankan kepada anjing-anjing di makmal biologi di Universiti Chicago serta diedarkan hasil-hasilnya di dalam Journal of Metabolic Research, telah menunjukkan bahawa berpuasa selama jangka masa 30 – 40 hari akan memberikan penambahan metabolisme sebanyak 5-6%. Dan sekiranya kita telah tahu bahawa kekurangan pada tahap metabolisme adalah satu tanda daripada tanda-tanda penuaan, kita juga telah mengetahui bagaimana puasa akan menambah imbangan metabolisme di dalam tubuh dan membuang toksik-toksik yang tertimbun, serta menyerap tisu-tisunya yang mati lagi lemah dan menggantikannya dengan yang baru lagi muda – bagaimana ia dengan itu mengembalikan kepadanya keremajaan dan kecergasan.[7]

4 – Merawat penyakit-penyakit:
Puasa adalah cara efektif bagi penyembuhan daripada penyakit-penyakit kritikal terutamanya yang diiringi dengan muntah, atau cirit birit, atau kenaikan suhu kepanasan; di mana berlapar meluangkan kerehatan untuk sel-sel tubuh, memberikannya peluang untuk berlepas daripada toksik-toksiknya serta menguatkan pertahanannya.

Sebagaimana dirawat juga dengan Berlapar (puasa perubatan) beberapa penyakit kronik, seperti asma, batuk alergi, radang pembuluh kronik, sebahagian penyakit jantung, reumatisme, osteoartritis, radang urat kronik, vericose vein, jerawat, kenaikan kolesterol di dalam darah, kepayahan menghadam, penyerapan yang tidak baik, radang colitis kronik, penyakit kencing manis, radang sinus kronik, tonsil kronik, migrain, kegemukan, dan begitu juga pencegahan daripada banyak bahaya-bahayanya.

The above pictures of little Michael de Bellis of New York State, were taken during and after a fast of 47 days taken in February and March, 1941 for what was thought to be poliomyelitis. His last meal was taken February 15 (age 2 years, 3 months and 1 week), and he did not again taste food until noon of the 47th day. He was first able to move (slightly) the paralyzed left leg on the 30th day of the fast. No enemas were employed; he had a bowel movement on each of the 28th and 30th days. The above photograph taken on the 30th day shows he was then able to sit up without support. He was still able to sit up on the bed and play with his toys on the 35th day. Weight before he became ill was 32 lbs.; at completion of the fast 15 lbs. He has been kept on uncooked foods since. Sun baths were given during and after the fast.











Master Michael de Bellis at the age of ten. This picture of Michael de Bellis was taken November 1, 1948, in California, where he and his parents are now living. He has been reared Hygienically following his fast







Sumber :
(Herbert M. Shelton; Hygienic System Vol III, Fasting and Sun Bathing; Chapter XXVI, Fasting in Special Periods and Conditions of Life)

5 – Pembaikan anggota-anggota deria dan perasaan:
Akan bertambah baik seluruh kekuatan otot dan pemikiran sewaktu berlapar, bertambah kuat ingatan dan bertambah baik. Seperti mana akan bertambah baik juga kekuatan jiwa seperti belas kasihan, kasih sayang, naluri yang berupa kekuatan gerak hati, dengan bentuk pembaikan yang nyata kerana melakukan puasa.

Telah dijalankan beberapa ujian terhadap pelajar-pelajar universiti, dan ia membuktikan bahawa berlapar untuk jangka masa yang pendek akan menambah keupayaan kecerdikan dan pemikiran para pelajar, serta akan menjadikan mereka lebih mampu untuk menguasai pelajaran-pelajaran mereka.
Puasa telah membuktikan faedah pembaikan anggota-anggota deria dan perasaan. Kekuatan penglihatan akan bertambah sepanjang berlapar dengan pertambahan yang nyata. Begitu juga deria pendengaran, rasa dan hidu.

Sementara kelemahan yang menimpa anggota-anggota deria di sisi manusia, ia adalah kembali kepada kurang kecergasan dan penimbunan banyak lebihan-lebihan pada tisu-tisu. Dan begitulah Puasa akan bekerja untuk memperbaiki tenaga saraf untuk anggota-anggota yang telah terganggu tugasnya ini.[8]


Bentuk-bentuk persamaan di antara Puasa Syar’ei Islam dengan Berlapar (Puasa Perubatan):
1 – Kedua-duanya serupa di dalam merealisasikan matlamat bersama iaitu merehatkan tubuh daripada menghadamkan makanan, membuka peluang untuk penggunaan makanan yang tersimpan, mengeluarkan toksik-toksik yang bertimbunan di dalamnya dan mencergaskan proses-proses metabolisme biologi.

2 – Kedua-duanya disekat di dalamnya daripada mengambil bahan makanan untuk jangka masa yang tertentu.


Bentuk-bentuk perbezaan di antara Berlapar (Puasa Perubatan) dengan Puasa Syar’ei Islam:
Puasa Syar’ei Islam berbeza daripada Puasa Perubatan di dalam yang berikut:
1 – Puasa Islam adalah menahan sepanjangnya seseorang yang berpuasa daripada makan, minum dan bersetubuh untuk satu jangka masa iaitu dari terbit fajar hingga terbenam matahari, sementara Puasa Perubatan pula menahan orang yang berpuasa sepanjangnya daripada makan sahaja untuk jangka masa yang kadang-kadang mencecah sehingga berminggu-minggu dan berbulan-bulan; ia adalah antara perkara yang membawa kepada kerosakan nisbah garam dan mineral di dalam darah serta cecair-cecair badan, yang kadangkala akan menimpakan orang yang berpuasa itu dengan penyakit-penyakit berbahaya yang barangkali akan membawa kepada kematian. Oleh itu tidak dibenarkan Puasa Perubatan melainkan di bawah pengawasan ahli-ahli perubatan.

Apa Yang Berlaku Ketika Lapar Yang Berlanjutan?
(sumber : http://en.wikipedia.org)

2 – Puasa Islam mempunyai satu jangka masa yang ditetapkan dengan siang hari, dan berterusan selama sebulan dan berulang setiap tahun di atas bentuk kemestian terhadap seseorang Muslim, serta untuk beberapa hari yang berasingan di atas bentuk pilihan. Manakala Puasa perubatan adalah menahan daripada makanan untuk jangka masa berterusan yang ditentukan untuk setiap orang mengikut keadaan-keadaannya atau penyakitnya dan ia adalah di atas bentuk pilihan.

3 – Puasa Islam berdaya [untuk melakukan]nya setiap mukalaf yang sihat di semua tempat dan masa. Ia adalah mudah lagi dipermudahkan. Tidak ada padanya sebarang bahaya terhadap tubuh badan, dan ia tidak menyebabkan apa-apa kepayahan. Orang-orang Islam berpuasa dalam keadaan taat dan bergembira dengannya.
Adapun Puasa Perubatan, ia tidak didayai oleh manusia seluruhnya, kerana ia adalah pemaksaan keras terhadap tubuh, dan merupakan kepayahan dan kesusahan terhadap tubuh. Tidak pergi kepadanya kecuali sesiapa yang telah melampau padanya penyakit, dan dia akan berpuasa dengan dikelilingi para doktor, para jururawat dan peralatan-peralatan penyelamat dan kecemasan.

4 – Berlapar (Puasa Perubatan) mempunyai bahaya-bahaya yang tidak terdapat pada Puasa Islam Syar’ei:
Sewaktu berlapar tubuh dihalang daripada asid-asid lemak yang asas dan asid-asid amino utama yang tidak terdapat dengan banyak melainkan di dalam makanan. Akan terhimpun jumlah yang besar dari asid-asid lemak di hati hasil daripada penguraian lemak yang tersimpan di dalam tisu-tisu badan dengan kadar yang tinggi yang membawa kepada penyerapan lemak dengan banyak; perkara yang terbit darinya adalah keadaan pelemakan hati (fatty liver). Lantas akan terganggu tugasnya dan tubuh akan ditimpa dengan kepincangan.
Gambar di atas menunjukkan rentetan kerosakan hati yang bermula dengan pengumpulan sel-sel lemak di dalam hati (fatty liver). Ia diikuti dengan pembentukan tisu-tisu berserat di dalam hati (liver fibrosis) dan berakhir dengan keadaan penyakit hati yang mengakibatkan peningkatan tisu berserat dan pemusnahan sel-sel hati (cirrhosis). [http://digestive.niddk.nih.gov/ddiseases/pubs/nash/]

Ini tidak berlaku di dalam Puasa Islam di mana tubuh dihulurkan dengan asid-asid lemak dan amino di dalam dua hidangan bersahur dan berbuka.
Pencegahan daripada asid-asid lemak dan amino juga akan membawa kepada kerosakan pada tubuh; kerana tidak akan terbentuk sebahagian protein, hormon dan enzim penting yang pembentukannya bergantung kepada wujudnya asid-asid asas dengan banyak. Ia juga akan membawa kepada pemusnahan yang berlebihan pada sel-sel tubuh; terutama otot-otot untuk menghasilkan asid-asid ini serta penggunaannya bagi membentuk glukosa.

Gambar keadaan hati yang mengalami keadaan pelemakan (fatty liver)
[http://www.pathguy.com/lectures/liver.htm]
Sebagaimana akan berlaku juga di dalam berlapar, pengoksidaan yang tebal terhadap asid-asid lemak yang terkumpul di hati; yang merupakan antara perkara yang terhasil daripadanya sejumlah besar daripada jisim-jisim ketone(v) yang dengan peranannya akan membawa kepada keasidan yang melampau terhadap darah.

5 – Pengambilan air ketika terhalang daripada makanan -di dalam Puasa Perubatan- akan membawa kepada pengeringan osmosis[9] pada cecair di luar sel-sel. Dan ini dengan peranannya; akan membawa kepada penghentian perembesan hormon antidiuretik (ADH)(v), lalu akan bertambah air yang keluar daripada tubuh melalui air kencing berserta apa yang air kencing iringi; yang terdiri daripada natrium serta sebahagian garam-garam lain. Dan di dalam perkara ini terdapat ancaman terhadap nyawa manusia sekiranya garam-garam berkenaan tidak diganti.



Faedah-faedah Menghalang Dari Minum Sewaktu Berpuasa

1 – Terdapat hubungan di antara dahaga dengan penguraian glikogen(vi); kerana dahaga akan menyebabkan perembesan beberapa sukatan daripada dua hormon; Angiotensin II(vii) dan hormon pencengkam saluran-saluran darah (Vasopressin)(vii), yang kedua-duanya akan menyebabkan penguraian glikogen pada salah satu peringkat penguraiannya di dalam sel-sel hati.

Setiap kali mana bertambah dahaga, akan bertambahlah perembesan dua hormon ini dengan jumlah yang besar; ia juga antara perkara yang membantu membekalkan tubuh dengan tenaga, khususnya di akhir hari berkenaan.
2 – Penambahan hormon antidiuretic (ADH) sepanjang masa berpuasa di bulan Ramadhan kadangkala mempunyai peranan yang penting di dalam memperbaiki kemampuan untuk belajar dan mengulang kaji. Dan itu telah dibuktikan dengan uji kaji terhadap haiwan-haiwan makmal[10]. Kemampuan berfikir kadangkala bertambah baik pada orang-orang yang berpuasa bertentangan dengan apa yang disangka oleh orang awam.

Majalah Kesihatan Diraja pada tahun 1997M telah menerbitkan kajian bersifat separa mengenai kecergasan harian, pelaksanaan pengajian dan kesihatan sewaktu puasa Ramadhan. Ia dijalankan di Jabatan Nutrien, Sains Pemakanan, Fakulti Sains Kesihatan, Kuwait, bagi menyingkap kesan puasa Ramadhan terhadap aktiviti-aktiviti harian, kesihatan dan pelaksanaan pengajian bagi sebilangan tenaga pengajar universiti yang mencecah 265 orang; 163 lelaki dan 102 perempuan, serta berkitar umur mereka di antara 20 – 72. Dan telah dicatatkan bagi lebih daripada 50% individu sedikit kecergasan, keinginan pengajian dan kemampuan untuk penumpuan.

3 – Terhalang daripada air semasa berpuasa, akan menyebabkan pertambahan yang besar terhadap mekanisme-mekanisme pemusatan air kencing di dalam buah pinggang berserta kenaikan kekuatan osmosis air kencing mencecah di antara 1000–12000 miliosmo\kg air. Dan demikianlah dicergaskan mekanisme-mekanisme penting tersebut bagi keselamatan tugas-tugas buah pinggang.

4 – Pengurangan kuantiti air di dalam saluran-saluran darah. Ini akan membawa kepada pengaktifan mekanisme dalaman bagi mengatur saluran-saluran tersebut serta menambah penghasilan Prostaglandin(viii) yang mempunyai kesan-kesan yang pelbagai dan dengan sukatan yang sedikit kerana;
-      ia berperanan di dalam ketangkasan dan kecergasan sel-sel darah merah, serta berperanan di dalam kawalan mengatur kemampuan sel-sel ini untuk melintas melalui dinding kapilari darah.

-      Sebahagian jenisnya mempunyai peranan di dalam mengurangkan keasidan perut, dan seterusnya menghalang pembentukan ulser perut sebagaimana yang terbukti pada haiwan-haiwan uji kaji.

-      Ia juga mempunyai peranan di dalam mengubati kemandulan, di mana ia akan menyebabkan penguraian menstrual yellow bodies, dan dari itu ia berkebarangkalian untuk melakukan peranan di dalam mengatur kitaran kehamilan pada wanita.

-      Begitu juga ia memberi kesan terhadap sebilangan hormon di dalam tubuh, lalu ia akan mencetuskan perembesan hormon renin(ix) dan sebahagian hormon-hormon lain, seperti SH dan ACTH(x) dan selainnya.

-      Seperti mana ia juga menambah kekuatan tindak balas kelenjar pituitari terhadap hormon-hormon yang dirembeskan dari kawasan hipotalamus otak.

-      Ia juga memberi kesan terhadap hormon glukogen untuk melepaskan asid-asid lemak yang segar.

-      Bersin semasa berpuasa juga mempunyai faedah yang pelbagai secara langsung atau secara tidak langsung, kesan pertambahan unsur Prostaglandin, di mana ia boleh melakukan pembaikan yang berikut:

1-   Membaiki keupayaan sel-sel darah.
2-   Membaiki tubuh daripada ulser perut.
3-   Membantu di dalam mengubati kemandulan.
4-   Memudahkan bersalin.
5-   Memperelok ingatan.
6-   Membaiki mekanisme-mekanisme tugas buah pinggang.
Kelebihan Puasa Syar’ei Islam Ke Atas Berlapar (Puasa Perubatan):

1-      Berlaku keseimbangan dua pusingan; pembinaan dan pemusnahan pada sel-sel tubuh manusia sewaktu Puasa Islam, dan itu adalah dengan pengambilan makanan pada waktu malam dan menahan daripadanya sewaktu siang hari. Akan ditambah ke dalam himpunan asid-asid amino [tubuh], kadar besar daripada asid ini yang datang bersama-sama makanan; ia adalah antara perkara yang membantu pembaharuan segera sel dan kandungan-kandungannya, mencukupkan kadarnya yang mesti bagi penghasilan glukosa darah di siang hari, dan melebihkan asid amino segar di dalam darah.

2-      Akan dicergaskan proses-proses penting hati di dalam Puasa Islam, lalu ia akan menjalankan pembuatan protein dan bahan-bahan fosforus lemak, bagi pembentukan protein lemak berketepuan tinggi (HDLs) yang menjalankan pemindahan lemak-lemak ke hati, ia berlawanan dengan Berlapar yang menghentikan proses penting ini.


3-      Tubuh akan dibersihkan daripada lemak dengan cara semula jadi yang selamat di dalam Puasa Islam. Oleh itu, ia tidak akan membawa kepada pelemakkan hati (fatty liver), kerana tidak terkumpul kadar yang besar daripadanya sebagaimana ketika Berlapar.

4-      Kewujudan jumlah simpanan protein di dalam sel-sel hati melalui pengembangan sel (hipertrofi) dan penggandaan tisu (hiperplasia), setelah dua hidangan; berbuka dan bersahur akan  menjadikan tubuh mampu untuk membentuk protein-protein aktif yang lazim seperti protein-protein plasma (Albumin(xi), Globulin(xii) dan Fibrinogen(xiii)), agen-agen pemekatan darah dan banyak protein-protein lazim bagi pemindahan besi, vitamin B12, ubat-ubat dan selainnya. Ini tidak akan terdapat dengan jumlah yang mencukupi sewaktu Berlapar untuk jangka waktu yang panjang; kerana ia adalah antara perkara yang menyebabkan kecairan pada darah, lebam-lebam pada tubuh, pengurangan antibodi serta timbulnya tanda-tanda kurang vitamin B12 dan sebahagian mineral aktif lain.

5-      Akan berlaku pertambahan penghasilan urea daripada ammonia yang terbentuk daripada asid amino, selepas pengambilan makanan pada waktu petang. Dan kebiasaannya tidak akan berlaku sebarang kerosakan keseimbangan nitrogen di siang hari, hasil penyimpanan hati terhadap sejumlah protein di dalam sel-selnya selepas hidangan sahur dan iftar.

6-      Asid-asid lemak akan dioksidakan dengan perlahan, oleh itu tidak akan terhimpun jisim-jisim ketone di dalam darah, lalu berlaku pengasidan darah yang berbahaya sebagaimana di dalam keadaan Berlapar.


Sebahagian Faedah Puasa Syar’ei Islam:

1 – Pembersihan daripada toksin-toksin:
Tubuh manusia terdedah kepada banyak unsur-unsur berbahaya dan toksin-toksin yang kadangkala tertimbun pada tisu-tisunya. Toksin-toksin ini datang kepada tubuh melalui makanan yang diambil dengan banyaknya. Sumber-sumber perubatan[11] menyatakan bahawa hampir-hampir kesemua makanan di zaman ini mengandungi kuantiti-kuantiti kecil daripada unsur-unsur bertoksin. Bahan-bahan ini ditambah kepada makanan sewaktu penyediaan atau penyimpanannya; berupa perisa-perisa, pewarna-pewarna, anti-anti pengoksidaan, bahan-bahan pengawet dan tambahan-tambahan kimia tumbuhan ataupun haiwan.

Ini ditambah dengan toksin-toksin yang kita hirup bersama-sama udara daripada ekzos-ekzos kenderaan, gas-gas kilang serta toksin-toksin ubat yang dimakan oleh manusia tanpa kawalan sehinggalah kepada yang lain-lain; daripada toksin-toksin hidupan mikro yang mendiami tubuh kita dengan jumlah-jumlah yang melampaui gambaran dan bilangan. Akhir sekali, sisa-sisa pembakaran dalaman sel-sel; yang berenang di dalam darah sebagai gas karbon dioksida, urea, keratin, ammonia, sulfur-sulfur, asid urik, sisa-sisa makanan yang telah dihadam serta gas-gas beracun yang terhasil dari penapaian dan pembusukan makanan seperti indole, skatole dan fynole[12].

Semua toksin-toksin ini, Allah Subhanahu telah jadikan untuk tubuh, pelepasan dan pembebasan daripadanya, di mana hati -dan ia adalah organ utama- akan menjalankan pembersihan tubuh daripada toksin-toksin. Namun begitu hati mempunyai usaha dan tenaga yang terhad dan kadangkala menimpa sel-selnya sebahagian kerosakan kerana faktor-faktor penyakit atau kerana faktor-faktor kejadian seperti lanjut usia. Lalu akan meresap sebahagian bahan-bahan beracun ini ke dalam tisu-tisu tubuh dan khususnya di dalam simpanan-simpanan lemak.
Ketika berpuasa, sejumlah besar daripada lemak-lemak yang tersimpan di dalam tubuh akan beralih ke hati untuk dioksidakan serta dimanfaatkan, dan akan dikeluarkan racun-racun yang larut di dalamnya dan akan dihilangkan keracunannya serta akan dibebaskan daripadanya bersama-sama dengan kumuhan-kumuhan tubuh.

Oleh kerana proses-proses pemusnahan dalam hati ketika berpuasa melebihi proses-proses pembinaan dalam pembuatan makanan, peluang pembuangan toksin-toksin yang tertimbun di dalam sel-sel tubuh akan bertambah sepanjang jangka waktu ini, dan akan bertambah juga kecergasan sel-sel hati di dalam menghilang keracunan banyak bahan-bahan yang beracun. Dan dengan ini dikira puasa sebagai surat akuan kesihatan ‘selamat’ bagi organ-organ tubuh.

Dr. Mac Fedan; beliau adalah dari kalangan ahli perubatan antarabangsa yang mengambil berat kajian puasa dan kesan-kesannya berkata: “Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekalipun dia tidak sakit; kerana toksin-toksin makanan dan ubat berkumpul di dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang yang sakit dan memberatkannya, maka kecergasannya akan berkurangan. Apabila seseorang berpuasa, dia akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin berkenaan dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu”[13].

2 – Pembersihan daripada lemak-lemak:
Kegemukan berkait dengan pelampauan di dalam mengambil makanan, khususnya makanan-makanan yang kaya dengan lemak, ini ditambah kepada kemudahan-kemudahan hidup yang merehatkan. Kegemukan adalah masalah yang meluas tersebar, dan telah didapati bahawa kegemukan akan diiringi dengan pertambahan bahaya penyakit-penyakit koronari jantung seperti kegagalan jantung, strok jantung, penyakit koronari arteri dan penyakit tersumbat arteri-arteri yang mengelilingi jantung.

Puasa Syar’ie Islam dianggap sebagai contoh unik bagi pencegahan dan rawatan kegemukan dalam masa yang sama; di mana pemakanan yang sederhana dan penahanan daripadanya berserta kecergasan dan pergerakan menjadi dua faktor berkesan di dalam mengurangkan berat. Itu adalah dengan penambahan tahap metabolisme makanan selepas hidangan sahur dan penggerakan lemak yang tersimpan untuk pengoksidaannya di dalam penghasilan tenaga yang lazim selepas separuh siang.

Dan dengan ini, Puasa Syar’ei Islam; yang berupa pemeliharaan terhadap hidangan sahur dan kesederhanaan di dalam makan, berserta pergerakan dan kecergasan semasa berpuasa; akan menghasilkan sistem pemakanan yang berjaya untuk merawat kegemukan.

Manakala sistem berlapar yang panjang melalui pemutusan menyeluruh daripada makanan, ia akan membawa kepada kejatuhan metabolisme hasil penghentian sistem saraf simpati (Sympathetic). Keseluruhan berat yang hilang adalah air, sedangkan tubuh kekal menyimpan tenaga dan garam[14].

3 – Pembaharuan sel:
Hikmah Allah Taala telah menentukan berlakunya perubahan dan penggantian setiap benda mengikut disiplin yang tetap. Disiplin ini telah menentukan pada tubuh manusia bahawa; akan diganti kandungan sel-selnya -sekurang-kurangnya- setiap enam bulan, dan sebahagian tisu diperbaharui sel-selnya pada jangka masa yang singkat; dikira dengan hari atau minggu. Sel-sel berkenaan akan tua dan kemudian mati serta akan lahir sel lain yang baru, menyambung perjalanan hidup sehingga datang ajal manusia berkenaan. Bilangan sel-sel yang mati di dalam satu saat dalam tubuh manusia mencecah sehingga 125,000,000 sel dan lebih daripada jumlah ini diperbaharui setiap hari -pada umur pembesaran dan begitu juga pada pertengahan umur- dan kemudian akan berkurangan bilangan sel-sel yang diperbaharui dengan lanjutnya usia[15].

Oleh kerana asid amino adalah yang membentuk binaan asas pada sel-sel, di dalam Puasa Syar’ei Islam akan berkumpul asid-asid ini yang datang daripada makanan bersama asid-asid yang terhasil daripada proses pemusnahan di dalam timbunan asid amino pada hati. Akan berlaku di dalam [Puasa Syar’ei Islam] peralihan dalaman yang berskop luas; agar disempurnakan kitaran pengagihan [asid amino] -setelah proses peralihan dalaman tadi- serta penggabungannya kepada juzuk-juzuk yang lain. Dan akan dibuat daripadanya semua jenis protein sel, protein plasma, hormon serta lain-lain daripada kandungan aktif[16].

Ini akan meluangkan blok-blok baru untuk sel-sel dan meningkatkan kemampuan tugasnya; ia antara perkara yang akan mengembalikan kepada tubuh manusia kesihatan, pertumbuhan dan keafiatan.
Berlainan dengan Berlapar, di mana pemusnahan berterusan berlaku terhadap kandungan-kandungan sel dan terhalang daripada asid-asid amino utama. Lalu, apabila kembali sebahagian blok-blok lama untuk pembaikan semula, keupayaan berkenaan akan tersekat-sekat, dan tubuh tersebut akan dihadapkan kepada penyakit atau kemusnahan. Kerana kekurangan satu asid amino asas yang termasuk di dalam binaan protein khas akan menjadikan protein ini tidak terbentuk.

Dan yang lebih ajaib daripada itu adalah asid-asid protein selebihnya yang akan terbentuk daripadanya protein ini akan termusnah dan binasa[17].

4 – Menentang penuaan:
Majalah Britain; Nature[18] telah mendedahkan tentang kajian saintifik yang menunjukkan bahawa berlapar yang terancang atau separa (puasa); akan membawa kepada kecergasan gen-gen yang bertanggungjawab merembes hormon-hormon yang akan membantu sel-sel menentang proses penuaan terhadap manusia serta akan menambah keaktifan dan kecergasan tubuh. Hasil-hasil kajian ini telah memastikan bahawa proses pembuatan makanan dan penghadaman makanan akan menghasilkan bahan-bahan beracun yang akan membinasakan sel-sel, dan bahawa pengurangan kuantiti makanan berserta memperbanyakkan pergerakan untuk membakar tenaga, akan mengelokkan keadaan kesihatan dan menghentikan proses pemusnahan, dan ia seterusnya akan menambah kebarangkalian meningkatkan purata umur.

Kajian tersebut telah menjelaskan bahawa puasa separa daripada makanan dan berlapar yang terancang boleh membawa kepada tindak balas yang menjadikan sel-sel menentang kematian dan hidup untuk jangka masa yang lebih panjang. Dan kajian berkenaan telah menambah bahawa kunci kesihatan terealisasi pada pembatasan makanan "berlapar separa atau terancang" di dalam sistem pemakanan sepanjang hidup, semampu mungkin; ia adalah antara perkara yang memberi kesan positif dan membantu menentang penuaan.



Mengapa Berbuka Dengan Tamar?

Di akhir hari berpuasa, tahap kepekatan glukosa dan insulin pada darah vena portal(*) hati akan menurun. Ini akan mengurangkan melalui peranannya, penembusan glukosa serta pengambilannya melalui sel-sel hati dan tisu-tisu peripheral[19] seperti sel-sel otot dan sel-sel saraf.


Boleh jadi, telah terurai semua simpanan glikogen hati atau hampir-hampir kesemuanya. Dan pada ketika itu tisu-tisu, akan bergantung di dalam mendapatkan tenaga daripada oksida-oksida asid lemak. Proses ini mempunyai kemudharatan; iaitu pembentukan jisim-jisim ketone yang berbahaya.

Kerana itu, pembekalan segera tubuh dengan glukosa pada waktu ini mempunyai faedah-faedah yang besar antaranya adalah:

1-      Meninggikan kepekatan gula dengan segera di dalam darah vena portal hati sebaik sahaja penyerapannya.

2-      Menghentikan pengoksidaan asid lemak, lalu ia akan memotong jalan pembentukan jisim-jisim ketone yang berbahaya.

3-      Menghilangkan tanda-tanda keletihan, kelemahan umum dan ketidakstabilan kecil pada sistem saraf.

4-      Menghentikan pemusnahan asid amino dan seterusnya memelihara protein tubuh.[20]

Tamar dikira makanan terkaya dengan gula glukosa, dan dari itu ia adalah makanan terbaik yang diberikan kepada tubuh pada ketika itu; kerana ia mengandungi nisbah yang tinggi daripada gula yang berkitar di antara 75 – 87%; yang glukosa membentuk 55% daripadanya dan fruktosa 45%, sebagai tambahan ke atas satu nisbah daripada protein, lemak, sebahagian vitamin dan mineral. Fruktosa akan bertukar kepada glukosa dengan kecepatan yang tinggi dan ia akan diserap secara langsung melalui sistem penghadaman bagi menyiram kehausan tubuh terhadap tenaga.

Begitu juga vitamin-vitamin yang dikandungi oleh tamar kesemuanya mempunyai peranan yang aktif di dalam proses-proses pembentukan makanan dan ia mempunyai kesan penenang terhadap saraf-saraf.

Mineral-mineral pula mempunyai peranan utama di dalam pembentukan enzim-enzim penting dalam proses-proses aktif tubuh, sebagaimana ia mempunyai peranan yang penting di dalam penguncupan dan pengembangan otot-otot, serta pengimbangan asid utama di dalam tubuh, maka dengan itu akan hilang apa-apa ketegangan otot atau saraf, dan akan kecergasan, keredaan dan ketenangan meliputi ke seluruh badan[21].

Dan jika seorang manusia memulakan berbukanya dengan mengambil bahan-bahan berprotein atau berlemak, ia tidak akan diserap melainkan setelah satu jangka masa yang panjang dari penghadaman. Dan ia tidak akan menunaikan matlamat menyelamatkan tubuh dalam keperluannya yang segera terhadap tenaga serta ia akan membawa kepada perendahan gula darah[22].

Kerana sebab-sebab ini, dapat kita ketahui hikmah daripada perintah Nabi dan perbuatan Baginda r berbuka dengan tamar. Daripada Salman bin Aa'mir t, daripada Nabi r; bahawa Baginda bersabda:
إِذَا أَفْطَرَ أَحَدُكُمْ فَلْيُفْطِرْ عَلَى تَمْرٍ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ تَمْرًا فَالْمَاءُ فَإِنَّهُ طَهُورٌ
[maksudnya]: (Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci)[23].

Dan daripada Anas t, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ
[maksudnya]: Dahulunya Rasulullah r berbuka dengan beberapa biji rutab [kurma basah] sebelum Baginda solat. Jika tidak ada rutab, maka dengan beberapa biji tamar [kurma kering]. Jika tidak ada, maka Baginda akan meneguk beberapa tegukan daripada air[24].



Ei'jaz Di Dalam Menegah Orang Yang Berpuasa Daripada Marah

Seseorang yang berpuasa akan lebih bereaksi terhadap punca-punca kemarahan di akhir siang hari, ketika berkurangnya gula di dalam tubuh; ia adalah antara perkara yang menjadikannya terdedah kepada beberapa kemudharatan.
Kerana itu Rasul r telah menekankan terhadap mereka yang berpuasa supaya menahan daripada punca-punca kemarahan dan perbalahan yang akan membawa kepada kemudharatan-kemudharatan tersebut.

Ilmu telah menemui bahawa orang yang berpuasa sekiranya diselubungi kemarahan, lalu dia bereaksi serta tegang, akan bertambah perembesan hormon-hormon adrenalina di dalam darah dengan pertambahan yang besar; mencecah 20 sehingga 30 kali ganda lebih daripada kadarnya yang normal ketika marah yang melampau atau pertengkaran.

Sekiranya ini berlaku pada awal puasa; ketika waktu penghadaman (penyerapan), nescaya akan terganggu penghadaman makanan dan penyerapannya; lebih daripada gangguan umum [biasa] pada seluruh sistem tubuh.

Ini adalah kerana, adrenalina bekerja untuk merehatkan otot-otot licin di dalam sistem penghadaman, mengurangkan pengecutan hempedu serta berfungsi untuk menyempitkan saluran-saluran darah peripheral dan meluaskan saluran koronari. Ia juga menaikkan tekanan arteri darah dan menambah kuantiti darah yang datang ke jantung serta bilangan degupannya[25].

Sekiranya berlaku marah dan perbalahan pada pertengahan siang atau akhirnya -ketika jangka masa selepas penyerapan-, nescaya akan terurai apa yang masih ada dari simpanan glikogen di dalam hati dan akan terurai protein tubuh kepada asid-asid amino, serta akan teroksida banyak daripada asid-asid lemak.

Semua itu untuk meninggikan tahap glukosa di dalam darah, lalu ia akan terbakar untuk membekalkan tubuh dengan tenaga yang lazim di dalam perbalahan dan pertengkaran.

Dan dengan ini akan digunakan tenaga tanpa kawalan dan akan hilang sebahagian glukosa bersama-sama air kencing sekiranya ia lebih daripada kadar biasa.
Dari itu, tubuh akan kehilangan sejumlah tenaga aktif yang penting tanpa sebarang faedah yang akan kembali kepadanya. Dan ia akan terpaksa untuk menggunakan tenaga daripada asid-asid lemak yang telah teroksida banyak daripadanya dan barangkali akan membawa kepada penghasilan jisim-jisim ketone yang berbahaya di dalam darah.

Pertambahan adrenalina yang melampau di dalam darah juga akan beroperasi untuk yang berikut:

1-       Keluarnya jumlah air yang banyak daripada tubuh melalui penghasilan air kencing.

2-       Meningkatnya tahap metabolisme asas ketika marah dan ketegangan; hasil daripada peningkatan adrenalina dan pengerasan otot[26].

3-       Menyebabkan kegagalan jantung atau mati mengejut pada sesetengah individu yang berkebarangkalian untuk itu; hasil kenaikan tekanan darah dan peningkatan keperluan otot jantung kepada oksigen dari sebab pertambahan kelajuannya.

4-       Boleh menyebabkan kegagalan otak pada mereka yang mengidap tekanan darah dan pengerasan arteri.

5-       Ia menambah pembentukan kolesterol daripada protein lemak berketepuan rendah dan telah terbukti hubungannya dengan penyakit pengerasan arteri.[27]

Kerana ini dan lain-lain lagi, dari yang telah diketahui atau belum lagi diketahui, Nabi r telah memerintahkan orang yang berpuasa supaya tenang dan tidak menjerit-jerit dan bertindak balas ataupun masuk ke dalam pertengkaran dengan orang lain.

Daripada Abi Hurairah t, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah r:
وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ
[maksudnya]: (Apabila hari puasa seseorang di kalangan kamu, maka janganlah dia bercakap lucah, janganlah dia menjerit-jerit. Jika seseorang memakinya atau menyerangnya, maka hendaklah dia berkata: Aku berpuasa)[28].

Sesungguhnya apa yang disingkap oleh ilmu moden berkenaan kemudharatan marah dari segi kesihatan, menjelaskan kepada kita sebahagian daripada hikmah di dalam larangan Rasul r dan penekanan Baginda agar dijauhi marah dan penyebab-penyebab pertengkaran sewaktu berpuasa, dan [menjelaskan] kewajaran Baginda melarang sekeras-kerasnya daripada marah di dalam keadaan berpuasa.



Faedah-faedah Pencegahan Bagi Puasa

1 – Ia menguatkan sistem pertahanan dan melindungi tubuh daripada banyak penyakit-penyakit: Di mana bertambah baik indeks tugas sel-sel limfa [sebanyak] sepuluh kali ganda. Begitu juga akan bertambah jumlah sel-sel yang bertanggungjawab untuk pertahanan semula jadi, sebagaimana akan meningkat kadar sesetengah bentuk antibodi bagi sebahagian hidupan-hidupan makro yang menyebabkan penyakit di dalam tubuh. Dan akan diaktifkan tindak balas pertahanan hasil pertambahan protein lemak berketepuan rendah[29].

2 – Ia melindungi daripada penyakit kegemukan dan bahaya-bahayanya: Di mana kegemukan terhasil daripada kegagalan di dalam pembentukan makanan atau faktor tekanan suasana atau jiwa atau kemasyarakatan, dan kadangkala bergabung semua ini untuk menghasilkan kegemukan. Oleh itu, boleh dilindungi daripadanya dengan berpuasa; melalui ketenangan jiwa dan akal, hasil suasana keimanan yang melingkungi orang yang berpuasa.

Sebagai tambahan kepada kesan puasa di dalam penggunaan lemak-lemak yang tersimpan serta perlindungan tubuh daripada penyakit-penyakit saluran jantung seperti; lemah jantung, kegagalan jantung dan tersumbat arteri yang mengelilingi jantung seperti pengerasan arteri.

3 – Ia melindungi tubuh daripada pembentukan batu karang; kerana akan ditingkatkan kadar natrium di dalam darah, lalu ia akan menghalang penghabluran garam-garam kalsium. Sebagaimana pertambahan unsur polina di dalam air kencing; akan membantu menghalang penyerapan garam-garam air kencing yang akan membentuk batu-batu kecil laluan air kencing.[30]

4 – Ia melindungi daripada bahaya-bahaya toksin yang terkumpul di dalam tubuh dan tisu-tisunya.

5 – Ia mengurang dan menenang lonjakan naluri seks, dan dengan itu dilindungi tubuh daripada gangguan-gangguan jiwa dan tubuh; kerana itu Rasul r telah memerintahkan pemuda-pemuda yang tidak mampu berkahwin untuk berpuasa, Baginda bersabda:
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
[maksudnya]: (Wahai golongan pemuda, sesiapa yang mampu di kalangan kamu untuk bersetubuh maka hendaklah dia berkahwin, dan sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa, kerana ia untuknya adalah sebagai pendinding)[31], dan makna "pendinding" adalah perlindungan.

6 – Puasa dianggap sebagai pencegahan daripada penyakit-penyakit otak serta jiwa, dan telah terbukti kesannya terhadap penyakit ‘split personality’. Telah mengisyaratkan kepada perkara berkenaan Doktor Yuri Nicolayev dari Institut Psikologi di Moscow dengan kata-katanya: "The hunger treatment gives the entire nervous system and the brain a rest. The body is cleansed of poisons, and the tissues and the various glands are renovated. Resting the brain forms the basis for the treatment of various neuropsychiatric disorders. Treatment through fasting is an internal operation, without a scalpel".

Telah jelas, ketika pemeriksaan semula seribu pesakit otak yang membiasakan berpuasa, bahawa kemajuan dapat dilihat pada 65% daripada mereka. Dan telah dilakukan penyelidikan terhadap setengah daripada pesakit-pesakit berkenaan setelah 6 tahun dan nyatakan bahawa mereka masih lagi menikmati kesihatan yang baik.

Sebagaimana Allan Cott telah mewajibkan 35 pesakit lelaki dan wanita dengan program berpuasa dan telah bersih 24 dari kalangan mereka daripada penyakit-penyakit mereka.[32]





Dan Diikat di dalamnya Penderhaka-penderhaka Syaitan

Graviti adalah kekuatan aktif yang tidak dapat dilihat dengan mata, akan tetapi kita mengetahui kesan-kesannya dengan penarikannya terhadap jisim-jisim ke arahnya. Sepanjang Ramadhan, kita dapat melihat satu fenomena kemasyarakatan yang layak dikaji dan dilihat bagi mengenal rahmat Ilahi yang dibentangkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya di dalam Ramadhan dengan pembelengguan penderhaka-penderhaka syaitan; seperti yang dikhabarkan kepada kita Nabi r, yang Allah diperlihatkan kepada Baginda perkara ghaib berkenaan fenomena, yang kita melihat kesannya ini, di setiap negeri umat Islam, sekalipun kita tidak menyaksikan hakikatnya yang berbekas; seperti mana graviti yang dapat dilihat kesannya, sedangkan kita tidak dapat melihatnya.

Fenomena ini adalah keafiatan keagamaan yang meliputi seluruh masyarakat Islam pada hari pertama Ramadhan untuk menjangkau setiap kumpulan dan lapisan mereka. Ia akan membawa mereka kepada banyak ketaatan-ketaatan dan menjauhkan mereka daripada banyak maksiat-maksiat; baik pemerintah ataupun yang diperintah - kaya ataupun miskin - ilmuwan, orang terpelajar ataupun orang awam - pegawai atasan ataupun tentera biasa - lelaki, wanita ataupun kanak-kanak - penduduk bandar, kampung ataupun pedalaman. Keafiatan keagamaan tersebut akan berkurangan di hari pertama Syawal, lalu manusia kembali kepada keadaan mereka yang terdahulu. Ini menzahirkan kepada kita satu soalan yang besar, iaitu: Apakah punca keafiatan keagamaan yang menyelubungi orang-orang Islam pada bulan Ramadhan, yang kita lihat kesan-kesannya yang jelas di hadapan mata, terang di setiap keadaan orang Islam dengan perbezaan masa dan tempat?

Jawapannya telah datang kepada kita di atas lidah Nabi r dengan jelas dan nyata, iaitu di antara kemuliaan bulan Ramadhan adalah; Allah membelenggu (mengikat) penderhaka-penderhaka syaitan (pembesar-pembesar mereka) di dalam bulan Ramadhan. Apabila mereka telah dibelenggu di dalam bulan ini, akan dibiarkan di antara manusia dengan pelaksanaan ketaatan dan peninggalan maksiat kecuali daripada usaha-usaha yang sedikit; yang dilakukan oleh syaitan-syaitan kecil[33], ataupun didorong kepadanya oleh nafsu-nafsu yang diapikan dengan kejahatan.

Bukankah ia bukti yang nyata dan fenomena kemasyarakatan yang hebat; yang menunjukkan setiap pengkaji yang adil terhadap kelebihan bulan yang mulia ini, dan terhadap rahmat Tuhan sekalian alam, serta kebenaran Penghulu sekalian rasul. Oleh itu, kita melihat kesan-kesan keafiatan Agama -yang Allah muliakan hamba-hamba-Nya dengannya sepanjang bulan Ramadhan- meliputi  masyarakat Islam, sebagaimana kita melihat jisim-jisim jatuh ke tanah ditarik oleh graviti bumi sekalipun kita tidak melihat graviti tersebut. Jika bukan kerana 'wahyu' maksum yang dibawa kepada kita oleh Rasul r, pasti rahsia keafiatan Agama ini kekal sebagai perkara ghaib yang tidak diketahui; terpinga-pinga di hadapannya para pengkaji kemasyarakatan.

Seperti mana Nabi r memberitahu kita tentang hakikat pembelengguan penderhaka-penderhaka syaitan dan kita melihat kesan perkara tersebut, Baginda juga telah memberitahu kita tentang beberapa hakikat lain iaitu:
1)      Pintu-pintu Syurga dibuka.
2)      Pintu-pintu Neraka ditutup.
Daripada Abi Hurairah t, bahawa Rasulullah r telah bersabda:
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
[maksudnya]: (Apabila datang Ramadhan, akan dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan)[34].








Malam Qadar

Apabila anda perhatikan pada paras manusia dan rupa mereka, anda akan dapati keserupaan anak-anak dengan bapa mereka atau ibu mereka nyata pada kebanyakan manusia. Keserupaan tersebut hanyalah terjadi melalui jalan gamet dari air hina; yang disifatkan oleh ahli perubatan saiznya adalah sebesar hujung jarum, yang terbentuk darinya anak-anak. Ahli perubatan telah menemui bahawa di dalam gamet yang halus itu terdapat pewaris-pewaris (gen-gen) yang membawa sifat-sifat para bapa kepada anak-anak, lalu ditentukan warna kulit mereka, rambut mereka dan mata mereka, panjang ketinggian mereka, bentuk hidung mereka, dan rupa paras mereka; ia adalah antara yang menunjukkan kepada setiap yang berakal bahawa manusia telah ditaqdirkan suatu masa dahulu di dalam gamet dari air yang hina. Berfirman Taala:

[maksudnya]: {Binasalah hendaknya manusia itu, betapa besar kekufurannya? Dari apakah Dia menciptakannya? - Dari air mani diciptakanNya, lantas Dia menentukannya} [Abasa : 17 – 19]

Akan tetapi taqdir ini bukanlah taqdir yang satu-satunya di dalam urusan insan ini, kerana satu ketentuan lain akan berlaku setelahnya dan ditulis oleh malaikat. Ia berlaku setelah sempurna penciptaan dan pembentukannya, serta diperintahkan malaikat untuk menulisnya, sebagaimana yang datang di dalam hadith daripada Rasulullah
... وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ
( ... dan ia [yakni malaikat berkenaan] diperintahkan dengan empat perkataan: dengan penulisan rezqinya, ajalnya, amalnya, malang atau bahagia)[35].

Ini adalah dua taqdir yang telah didahului dengan satu taqdir [lain]; ketika mana Allah mengehendaki penciptaan Adam, sebagaimana didahului juga taqdir sebelum penciptaan Adam itu dengan satu taqdir [lagi] yang dijalankan oleh Pena sebelum Allah menjadikan Langit dan Bumi. Begitulah kita dapati diri kita melintas dari taqdir yang umum kepada taqdir yang lebih khusus, sehinggalah kita sampai kepada malam Qadar yang ditentukan padanya apa yang akan berlaku dari hal makhluk-makhluk pada tahun malam berkenaan. Lalu akan ditentukan padanya; kehidupan dan kematian, kenaikan dan kejatuhan, kesihatan dan kesakitan, peristiwa-peristiwa Dunia, serta perubahan-perubahan keadaan individu, keluarga, bangsa dan umat.

Sesetengah mimpi tidur tersingkap padanya sebahagian peristiwa akan datang yang berupa seperti fajar subuh sebelum berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut dalam beberapa minggu atau beberapa bulan atau beberapa tahun; ia adalah antara yang menunjukkan bahawa diri orang yang tidur itu, telah berhubung melalui cara tertentu dengan catatan dan buku peristiwa-peristiwa berkenaan yang membolehkan orang yang tidur itu melihatnya sebelum ia berlaku. Maha Suci Yang berfirman:

{Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), - Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan; Dan Yang telah menentukan serta memberikan hidayah} [Al-Aa'la 1 – 3].

Dan mengenai malam yang berkat ini; malam Qadar dan apa yang berlaku di dalamnya dari ketentuan-ketentuan, telah berfirman Taala:
  

{Di dalamnya dipisahkan setiap perkara yang berhikmah lagi tetap}[Ad-Dukhan : 4]

Sesungguhnya Allah telah memuliakan malam ini dan Dia telah mengutamakan beribadah kepada-Nya pada malam ini mengatasi beribadah kepada-Nya selama seribu bulan di selain malam ini, lantas berfirman Taala:
â !$¯RÎ) çm»oYø9tRr& Îû Ï's#øs9 Íôs)ø9$# ÇÊÈ !$tBur y71u÷Šr& $tB ä's#øs9 Íôs)ø9$# á
{Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Qadar itu? Malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan.} [Al-Qadr : 1 – 3].

Para Sahabat telah menyebut tanda Malam Qadar, ia adalah malam yang tiada kepanasan padanya serta tiada kedinginan (kesejukan), dan keluar Matahari padanya dalam keadaan putih bersih tiada sinaran padanya. Telah meriwayatkan Imam Muslim -رحمه الله- daripada Ubai bin Kaab t bahawa beliau telah berkata: (Alamat atau tanda yang diberitahu kepada kami oleh Rasulullah r adalah ia [iaitu Matahari] terbit pada hari tersebut tiada sinaran padanya)[36].

Sesiapa yang ingin mengikut terbitnya Matahari berkenaan, maka dia mestilah menggunakan kaca yang berwarna supaya matanya tidak dimudharatkan dengan melihat secara langsung kepada Matahari ketika ia terbit pada setiap hari-hari pemerhatian. Oleh itu, tahniahlah untuk umat Islam dengan bulan yang mulia ini, malam-malam yang diberkati ini, serta apa yang istimewakannya oleh Allah dari kelebihan, dan kesan yang dapat dilihat oleh setiap yang mempunyai mata.









Puasa dan Taqwa:

Berfirman Allah -جل وعلا-:

{Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.} [Al-Baqarah : 183].

Kita telah lihat pada apa yang telah lalu, bagaimana orang ramai mendekati perkara-perkara ketaatan dalam Ramadhan dan menjauhi banyak dari perkara-perkara maksiat; dan itu adalah daripada Taqwa yang merupakan antara hasil berpuasa di dalam Bulan yang mulia ini.

Seperti mana otot-otot tubuh akan bertambah kuat dengan melakukan senaman, sesungguhnya kemahuan kebaikan di dalam diri manusia juga akan bertambah kuat mengatasi tarikan-tarikan kejahatan di dalamnya dengan dilatih untuk mengawal syahwat dan keinginannya; yang antara paling besar di antaranya adalah, keinginan fitrah kepada makanan di waktu lapar dan minuman di waktu dahaga, dan [dilatih untuk] menahan daripada bersetubuh ketika kuat keinginan kepadanya.

Justeru itu, apabila menjadi kuat kemahuan di dalam diri manusia dan ia dilatih untuk taat kepada Allah, sesungguhnya itu akan membawa kepada daya kemampuan taqwa di dalam diri manusia. Setiap orang yang berpuasa boleh makan dan minum tanpa dilihat oleh sesiapa, tetapi dia dengan berpuasa, dididik untuk muraqabah Allah sepanjang sebulan penuh, maka akan menjadi kuat muraqabah orang yang berpuasa terhadap Tuhannya, lalu dia akan bertambah kepada Allah dari segi taqwa. Dan setiap kali mana datang Ramadhan, ia akan mengingatkan orang yang berpuasa berkenaan telah habis setahun daripada umurnya dan semakin hampir dia dengan ajalnya, lalu akan bertambah kemampuan ketaqwaan di dalam dirinya.
Seseorang yang berpuasa bimbang puasanya akan dilukakan oleh pandangan yang haram atau kata-kata buruk yang terdiri daripada mengumpat atau mengadu-domba atau pengakuan bohong, maka anda akan melihat dia menjauhi banyak dari perkara-perkara mungkar; dan ia merupakan antara perkara yang akan menambahkannya hampir kepada Allah dan takut kepada-Nya.



Hasil Puasa di Akhirat

Daripada Abdullah bin Aa'mr bahawa Rasulullah r telah bersabda:
الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ
[maksudnya]: (Puasa dan Al-Quran akan meminta syafaat bagi seseorang hamba pada hari Kiamat: Berkata Puasa: "Ya Tuhanku! Aku telah menghalangnya makan dan keinginan-keinginan pada siang hari, maka benarkan syafaatku untuknya", dan berkata Al-Quran: "Aku telah menghalangnya tidur pada malam hari, maka benarkanlah syafaatku untuknya". Baginda bersabda: Maka kedua-duanya dapat memberi syafaat)[37].

Daripada Abi Hurairah t, bahawa Rasulullah r telah bersabda:
الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا
[maksudnya]: (Puasa adalah benteng, maka janganlah dia bercakap lucah dan janganlah dia menjadi jahil. Sekiranya seseorang menyerangnya atau memakinya maka hendaklah dia berkata "aku berpuasa" dua kali. Demi [Tuhan] Yang nyawaku di tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi; [Allah berkata]: dia meninggalkan makannya, minumnya, syahwatnya demi kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku dan Akulah yang akan membalasnya, dan kebaikan adalah dengan sepuluh yang sepertinya)[38].

Daripada Sahl t, daripada Nabi  r, Baginda bersabda:
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ
[maksudnya]: (Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebuah pintu yang dinamakan: Ar-Rayyan, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari Kiamat, tidak masuk melaluinya seorang pun kecuali mereka. Akan dikatakan: Di manakah orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka akan bangun, tidak masuk melaluinya seorang pun kecuali mereka. Apabila mereka telah masuk, ia akan ditutup, maka tidak masuk melaluinya sesiapapun)[39].

Daripada Abi Hurairah t daripada Nabi r, Baginda bersabda:
قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ
[maksudnya]: (Allah telah berkata: Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali Puasa. Ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya. Puasa adalah pendinding, dan apabila hari berpuasa seseorang di kalangan kamu, maka janganlah dia bercakap lucah dan janganlah dia menjerit-jerit. Jika seseorang memakinya atau menyerangnya maka hendaklah dia berkata "aku adalah seorang yang berpuasa". Demi [Tuhan] Yang nyawa Muhammad di tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi. Untuk orang yang berpuasa dua kegembiraan yang dia bergembira dengannya: Apabila dia berbuka dia bergembira, dan apabila dia bertemu Tuhannya dia bergembira dengan puasanya)[40].

Daripada Abi Hurairah t daripada Nabi r bahawa Baginda telah bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
[maksudnya]: (Sesiapa yang mendirikan malam Qadar dalam keadaan iman dan rela, nescaya diampunkan apa yang telah lalu daripada dosanya. Dan sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keadaan iman dan rela, nescaya diampunkan apa yang telah lalu daripada dosanya)[41].



Bentuk-bentuk Ei'jaz Saintifik:

Ahli perubatan tidak mengetahui faedah-faedah Puasa Perubatan kecuali pada Kurun Ke-20, setelah mana maju penyelidikan-penyelidikan saintifik pemakanan dan tersedia peralatan-peralatan canggih yang menyingkap banyak rahsia tubuh manusia yang merangkumi rahsia-rahsia dan tindak balas makanan di dalam tubuh. Walaupun dengan penemuan-penemuan saintifik ini, ahli perubatan telah mencadangkan satu cara berpuasa yang akan mendedahkan seseorang yang berpuasa kepada bahaya; dengan menyekatnya daripada makanan untuk beberapa minggu dan beberapa bulan dengan tidak menyekatnya daripada air dan cecair-cecair; perkara yang akan mendedahkan kesihatan insan kepada bahaya ataupun kematian; kesan dari gangguan komposisi cecair-cecair tubuh dengan darah termasuk di dalamnya. Kerana itu tidak terealisasi Puasa Perubatan ini melainkan di bawah pengawasan sekumpulan pakar perubatan. Sementara kita dapati Puasa Syar'ei untuk sebulan penuh yang menahan di dalamnya orang yang berpuasa daripada setiap dari makan, minum dan jimak sewaktu siang Ramadhan akan merealisasikan faedah-faedah perubatan yang diinginkan, serta pencegahan daripada beberapa penyakit dengan senang dan mudah; tidak didedahkan nyawa insan kepada bahaya dan tidak perlu orang yang berpuasa itu dengannya kepada sekumpulan pakar perubatan dan beberapa peralatan canggih. Cara Syar'ei bagi berpuasa ini adalah mudah untuk penduduk kota dan desa, serta untuk setiap anak-anak spesies manusia di seluruh bahagian Dunia. Jadi, siapakah yang telah mengkhususkan Muhammad r, Nabi yang buta huruf, semenjak 1400 tahun dengan ilmu ini ke atas seluruh manusia jika bukan Yang Maha Mengetahui, Bijaksana, Pemurah, Penyayang? [Baginda] yang telah diutuskan oleh Allah sebagai rahmat untuk sekalian alam, sebagaimana berfirman Taala:

[maksudnya]: {Dan tiadalah kami utuskan engkau [wahai Muhammad!] melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam} [Al-Anbiya : 107]. Dan sesiapa yang meneliti sunnah-sunnah Rasul r di dalam Puasa, dia akan mendapatinya merealisasikan hikmah-hikmah perubatan teliti, yang tidak mengetahuinya kecuali pakar pengkhususan dan kajian-kajian saintifik moden.

Baginda r menyuruh menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur supaya ia merangkumi jangka masa puasa yang tidak diiringi kemudharatan terhadap orang yang berpuasa, sebagaimana Baginda juga melarang daripada penyambungan [puasa] yang mungkin akan membawa kemudharatan ke atas orang-orang yang berpuasa.

Sesungguhnya Baginda r telah menggesa kita untuk berbuka dengan beberapa biji tamar; kerana gula yang terdapat di dalam rutob dan tamar mudah diserap. Ia akan diserap dalam [masa] lima minit dan membolehkan tubuh untuk mempersiapkan sistem penghadaman bagi menerima makanan serta berurusan dengannya dengan selesa dan mampu. Sebagaimana pemanasan kereta akan memudahkan perjalanan kereta dan pergerakannya, maka berbuka dengan beberapa biji rutob atau tamar juga akan memudahkan pergerakan sistem penghadaman untuk menghadamkan makanan.
Telah melarang Rasul r dari bereaksi terhadap punca-punca perbalahan atau pertengkaran supaya dijaga tubuh daripada banyak kemudharatan dan bahaya yang telah berlalu pernyataannya.

Puasa memberi faedah golongan lanjut usia dan ia akan memperbaharui sejumlah sel-sel tisu yang kadangkala mencecah 5-6%, dan puasa menentang rangkakkan penuaan seperti yang dibuktikan oleh majalah Semulajadi Britain (Nature) tahun 2000; dengan apa yang memastikan bahawa kebaikan untuk orang-orang berusia adalah di dalam berpuasa berlawanan apa yang disangka oleh orang ramai, dan telah berfirman Taala:

[maksudnya]: {dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.} [Al-Baqarah : 184].

Siapa yang mengajarkan Muhammad r dari tengah-tengah sekalian manusia di sepanjang kurun yang panjang dan bukannya seluruh manusia, semua fakta-fakta dan rahsia-rahsia ini? Jika bukan Yang Maha Mengetahui, Bijaksana, Pemurah, Penyayang, Yang berfirman: 



[maksudnya]: {dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui} [Al-Baqarah : 184]





Hukum-hukum Puasa

Takrif Puasa:
Puasa di dalam bahasa: Semata-mata menahan[42].
Dan di dalam Syara': Peribadatan kepada Allah I dengan menahan daripada makan, minum dan segala pembatal-pembatal [puasa] dari terbit fajar hingga terbenam matahari[43].


Bahagian-bahagian Puasa:
Terbahagi puasa kepada dua bahagian: Fardhu dan Sunat. Fardhu pula terbahagi kepada empat bahagian: puasa Ramadhan, puasa Kafarah dan puasa Nazar, serta puasa ganti yang fardhu. Perbincangan di sini terhad pada puasa Ramadhan dan puasa Sunat, manakala bahagian-bahagian selebihnya, ini bukanlah tempat kajiannya[44].


Hukum Puasa Ramadhan:
Puasa bulan Ramadhan adalah fardhu ke atas orang-orang Islam melalui Kitab, Sunnah dan Ijmak.

Adapun Kitab, firman Allah Taala:

[maksudnya]: {Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.} [Al-Baqarah : 183].

Dan firman-Nya Taala:

[maksudnya]: {Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan [anak] Bulan tersebut, maka hendaklah dia berpuasa padanya} [Al-Baqarah : 185]

Sementara As-Sunnah, sabda Nabi r:
بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
[maksudnya]: (Dibina Islam di atas lima [perkara]: Penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad utusan Allah, mendirikan Solat, menunaikan Zakat, Haji ke Bait dan berpuasa Ramadhan)[45]. Lafaz Muslim 'Puasa Ramadhan dan Haji ke Bait'.

Manakala Ijmak: Sesungguhnya telah bersepakat orang-orang Islam ke atas kefardhuan puasa Ramadhan secara ijmak pemutus yang sedia maklum diketahui dari agama Islam[46].




Dengan Apakah Disabitkan Masuknya Bulan Ramadhan?

Dihukum masuk bulan Ramadhan dengan salah satu daripada dua perkara:

Perkara pertama: Melihat anak bulan
Kerana firman Allah Taala:

[maksudnya]: {Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan [anak] Bulan tersebut, maka hendaklah dia berpuasa padanya} [Al-Baqarah : 185], dan sabda Nabi r:
إِذَا رَأَيْتُمْ الْهِلَالَ فَصُومُوا
[maksudnya]: (Apabila kamu melihat anak bulan maka berpuasalah)[47].

Tidak disyaratkan setiap seorang melihatnya sendiri bahkan jika telah melihatnya sesiapa yang dibuktikan dengan penyaksiannya masuknya bulan tersebut, maka wajib berpuasa ke atas semua dan disyaratkan untuk penerimaan penyaksian melihat hendaklah orang yang menyaksikan cukup umur, berakal, muslim dipercayai ceritanya; kerana kejujuran dan penglihatannya[48].

Dan sabit masuknya bulan Ramadhan khususnya dengan penyaksian seorang lelaki, kerana kata-kata Ibnu Umar -رضي الله عنهما-:
تَرَاءَى النَّاسُ الْهِلَالَ فَأَخْبَرْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنِّي رَأَيْتُهُ فَصَامَهُ وَأَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ
[maksudnya]: (Orang ramai menanti-nanti anak bulan, lalu aku memberitahu Nabi r bahawa aku telah melihatnya, maka Baginda berpuasa dan menyuruh orang ramai berpuasa [pada]nya)[49].

Sesiapa yang telah melihatnya dalam keadaan yakin melihatnya, wajib ke atasnya memberitahu pemerintah tentang perkara tersebut dan begitu jugalah anak bulan Syawal dan Zulhijjah.

Dan jika dia melihatnya secara bersendirian di tempat yang jauh, yang tidak mungkin dia memberitahu pemerintah, maka dia kena berpuasa dan berusaha untuk menyampai berita berkenaan mengikut kadar apa yang dia termampu.

Pengisytiharan sabitnya bulan berkenaan dari pihak kerajaan adalah hujjah syara' yang wajib beramal mengikutnya.[50]

Perkara Kedua: Penyempurnaan bulan Syaaban tiga puluh hari
Di antara perkara yang dihukum dengannya masuk bulan berkenaan adalah disempurnakan bulan Syaaban tiga puluh hari; kerana bulan Qamari tidak mungkin akan lebih daripada tiga puluh hari dan tidak akan kurang daripada dua puluh sembilan hari.

Maka apabila sempurna bulan Syaaban tiga puluh hari dihukum dari segi Syara' masuk bulan Ramadhan, sekalipun tidak dilihat anak bulan tersebut. Kerana sabda Nabi r:
صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُمِّيَ عَلَيْكُمْ الشَّهْرُ فَعُدُّوا ثَلَاثِينَ
[maksudnya]: (Berpuasalah kerana melihatnya dan berbukalah [yakni berhenti berpuasa] kerana melihatnya. Sekiranya dilindungi awan terhadap kamu bulan berkenaan, maka hitunglah tiga puluh)[51].
Terbitnya Anak Bulat di Sebuah Negeri Dari Beberapa Buah Negeri:
Sekiranya zahir anak bulan di sesebuah negeri, maka wajib berpuasa ke atas semua orang Islam dan tiada pengambil kiraan terhadap kelainan tempat-tempat terbit[52].


Fardhu Puasa

Manakala fardhu Puasa pula adalah menahan daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari terbit Fajar hingga terbenam Matahari, kerana firman Allah Taalah:

[maksudnya]: {dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);} [Al-Baqarah : 187].



Hukum Sesiapa Yang Mengingkari Kewajipan Puasa Ramadhan:
Sesiapa yang mengingkari kewajipan puasa Ramadhan, maka dia telah kafir dan disuruh bertaubat, sekiranya dia bertaubat dan mengakui kewajipannya, jika tidak dia hendaklah dibunuh sebagai seorang kafir yang murtad dari Islam. Dia tidak dimandikan, tidak dikapankan, tidak disembahyangkan, tidak didoakan untuknya kerahmatan, dan tidak ditanam di dalam perkuburan orang-orang Islam, tetapi akan digali untuknya di tempatnya jauh dan di tanam supaya ia tidak menyakiti orang ramai dengan baunya dan menjadi terseksa keluarganya dengan melihatnya[53].


Syarat-syarat Wajib Puasa:
Islam, Baligh, Berakal dan Mampu;
Maka ia tidak wajib ke atas orang kafir, tidak ke atas budak kecil dan tidak pula ke atas orang gila, kerana hadith:
رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ عَنْ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنْ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ وَعَنْ الْمَجْنُونِ حَتَّى يَعْقِلَ
[maksudnya]: (Diangkat pena [tulisan amal] daripada tiga [golongan]; daripada orang yang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi, dan daripada orang yang gila sehingga dia berakal)[54].

Sementara kemampuan untuknya pula, ia adalah kerana lemah dari [melakukan]nya kerana tua atau sakit yang tidak dijangka hilang, dia akan berbuka dan memberi makan bagi setiap hari seorang miskin, satu cupak gandum atau setengah gantang daripada yang lain kerana kata-kata Ibnu Abbas berkenaan firman-Nya Taala:

[maksudnya]: {dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah} [Al-Baqarah : 184] bahawa ia tidak mansuh, ia adalah untuk orang tua yang tidak mampu berpuasa, dan wanita mengandung serta yang menyusukan, jika kedua-duanya bimbang terhadap anak-anak mereka berdua, mereka berdua boleh berbuka dan memberi makan[55].

Manakala orang tua yang sampai nyanyuk, maka tidak wajib ke atasnya berpuasa dan tidak juga memberi makan kerana tergugur taklif daripadanya dengan sebab hilang sifat tamyiznya[56].

No comments:

Post a Comment

~Hadith riwayat at-Tirmiza~

..akhirat negeri abadi..

Rasulullah bersabda yg maksudnya;

"siapa yang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan membuatnya merasa kaya dalam hatinya,segala urusannya menjadi teratur & dunia dtg kpdnya tanpa perlu mengejarnya. Sementara siapa yg menjadikan dunia sbg pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya,segala urusannya menjadi kacau dan kepadanya dunia dtg sekadar yg telah ditakdirkan baginya"
-hadis riwayat at-Tirmidzi-