HIKMAH : Kebesaran Allah (SWF)

Tuesday, 22 November 2011

Dosa-dosa Riba

1. Pemakan dan pemberi riba diperangi Allah dan Rasulullah S.A.W. Allah memberi ingatan : Maksudnya; “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah al-Baqarah : 278-279) Ayat ini menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil serta tidak mahu meninggalkan “saki-baki” riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah dan Rasulullah S.A.W. Ayat ini menyebut “saki-baki”, menunjukkan bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar mengikut sunnah dan menjadi Mukmin sejati, perlu memiliki pengetahuan yang jelas tentang riba serta menjauhkan diri daripadanya secara 100%. Selain itu, ayat ini secara tidak langsung membuktikan seorang Mukmin mampu menjauhi riba dalam hidupnya, tidak sebagaimana dakwaan segelintir masyarakat kononnya kita tidak dapat lari daripada riba di akhir zaman ini. Zahir daripada ayat ini juga menunjukkan “peperangan” berlaku sejak di alam dunia lagi. Malang bagi seseorang dan pemimpin yang tidak memperdulikan dosa ini. Ibn Abbas r.a. mentafsirkan : Maksudnya; “Akan dikatakan kepada pemakan riba pada hari kiamat, Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah .” Imam Abu Hanifah berkata bahawa inilah ayat dalam al-Quran yang paling menakutkan. Imam Malik bin Anas pula berkata : Maksudnya; “Telahku buka lembaran-lembaran kitab Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W. dan tidakku dapati (dosa) yang lebih buruk daripada riba, kerana Allah telah mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” Berkata Imam Qatadah : “Allah menjanjikan ahli riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya di mana sahaja mereka berada.” 2. Kehilangan berkat harta dan kehidupan. Tercatat didalam al-Quran : Maksudnya; “Allah menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahkan keberkatan daripada sedekah.” (Surah al-Baqarah : 276) Kehilangan berkat itu akan berlaku didunia dan akhirat. Hukuman di Dunia. Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta bagi orang yang terlibat dengan riba adalah hartanya akan mudah hilang atau habis tanpa dirasai. Selain itu, harta itu mendorongnya melakukan pelbagai bentuk aktiviti tidak berfaedah dan dosa. Ia juga akan berasa terlalu miskin dan fakir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak). Harta haram seperti ini akan mendorong pemiliknya untuk melakukan maksiat, perkara fasik dan hina, tatkala itu akan hilang sifat amanah dan kebaikan dalam diri. Ia juga bakal ditimpa ujian harta yang banyak seperti dirompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim daripadanya juga lebih makbul. Sabda Rasulullah S.A.W. daripada Ibn Mas’ud r.a. : Maksudnya; “Sesungguhnya riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa.” (Riwayat Ahmad, al-Hakim) Hukuman di Akhirat. Ibn Abbas berkata : Maksudnya; “Tidak diterima daripada pemakan riba (yang menggunakan harta riba tadi) sedekahnya, hajinya, jihatnya dan persaudaraannya.” 3. Seperti berzina dengan ibu bapa sendiri. Rasulullah S.A.W. mengingatkan dalam satu hadis yang cukup mendalam maksudnya : Maksudnya; “Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.” (al-Tabrani, 7/158, al-Hakim) 4. Lebih berat daripada 36 kali zina. Rasulullah S.A.W. juga memberi amaran : Maksudnya; “Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali” (Riwayat Ahmad dan al-Dar Qutni) Hadis ini bukan untuk merendahkan dosa zina, tetapi ia memberi fokus kepada bahaya dosa riba. Justeru itu, saya amat mengharapkan umat islam membuka mata mereka kepada isu ini agar tidak terjebak dengannya. Itulah gambaran betapa besarnya dosa riba, dan barangsiapa yang terlibat dengannya sudah pasti amat sukar memperolehi khusyuk di dalam solat mereka. Antara bentuk riba yang amat berleluasa ketika ini dan disertai oleh begitu ramai umat islam ialah: • Pinjaman membeli kereta (Car Loan) • Pinjaman membeli rumah (Home Loan) • Pinjaman mendapatkan modal syarikat (Term Loan atau Overdraft) • Pinjaman membeli mesin dan alatan untuk syarikat (Hire Purchase Loan) • Membuat pinjaman peribadi (Personal Loan) Apakah transaksi yang berlaku? Sebagai contoh sebenar yang berlaku di bank konvensional hari ini, di atas permintaan pelanggan A untuk membeli kereta, rumah, memperoleh modal syarikat atau sebarang tujuan peribadi, konvensional memberi pinjaman sebanyak RM10,000 kepada pelanggan A dan sebagai imbalan balik kepada bank, pihak bank menetapkan bunga, faedah atau interest sebanyak 8% (bersamaan RM8,000 sebagai contoh) daripada jumlah pinjaman itu sebagai balasan kerana memberikan pelanggan wang yang diperlukan. 8% itulah yang dinamakan ‘Riba al-Duyun’ jenis al-Qard. Ulama menyepakati jenis pulangan seperti ini adalah riba. Jumlah faedah yang dicampur dengan jumlah pokok pinjaman akan dibahagikan mengikut bulan. Menurut hukum islam, jumlah RM8,000 yang diperolehi ini ialah hasil bank yang haram. Pelanggan yang memberi RM8,000 tadi juga dikira bersubahat dan terlibat secara langsung dengan riba. Rasulullah S.A.W. menyebut : maksudnya; “Individu yang memberi (riba) dan yang mengambilnya adalah sama.” (Riwayat Muslim).

Saturday, 13 August 2011

Halwa Mata Buat Semua Slideshow

Halwa Mata Buat Semua Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Halwa Mata Buat Semua Slideshow ★ to Bahrain, Kawkaban and Sanaa. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Friday, 12 August 2011

Aurat Wanita.....


Pada hari ini gejala ikhtilath di antara lelaki dengan perempuan berlaku dengan meluas sekali. Seolah-olah seperti tiada siapa yang menyedari perkara tersebut termasuk suatu yang terlarang di sisi agama. Disebabkan hilangnya kesedaran itu jugalah, maka ia menjadi salah satu faktor yang mendedahkan kaum wanita kepada pelbagai bentuk ancaman keselamatan dan maruah.

Perkataan ikhtilah gunakan ini adalah perkataan yang digunakan untuk menyebutkan percampuran atau pergaulan yang berlaku di antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram dalam satu-satu masa tertentu di tempat-tempat yang tertentu sama ada terbuka atau tertutup. Ini termasuklah juga dengan perbuatan saling pandang-memandang, mengadakan hubungan perasaan tanpa nikah, perbicaraan yang tidak syar’i, serta perbuatan bersentuhan atau bersalaman.

Dalam surah an-Nuur ayat 30 dan 31 Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada lelaki dan wanita beriman supaya saling menundukkan pandangan di antara satu dengan yang lain. Manakala dalam Surah al-Adzaab ayat 33, Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan supaya wanita itu tinggal di rumah-rumah mereka. Membawa maksud supaya wanita itu tidak menonjolkan diri atau menyibukkan diri keluar (berkeliaran) sehingga terdedah kepada perhatian, pandangan, atau tontonan kaum lelaki asing (yang bukan mahram). Melainkan padanya terdapat perkara yg benar-benar diperlukan tanpa dapat dielakkan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأولَى

“...hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah terdahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)

Walaupun ayat ini zahir asalnya untuk isteri-isteri nabi, tetapi sebenarnya ia turut mencakup seluruh kaum wanita beriman secara umum. Kerana wanita beriman itu mengikuti isteri-isteri Nabi dan menyelisihi perilaku kaum wanita jahiliyyah. Ini antaranya sebagaimana dijelaskan dalam Tafsir al-Qurthubi dan Tafsir Ibnu Katsir.

Juga firman-Nya:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

“Maka wanita yang soleh adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada dengan apa yang Allah telah pelihara mereka.” (Surah an-Nisaa’, 4: 34)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah bersabda:

كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

“Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan kata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (keinginan), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/125, no. 4802)

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan di antara lelaki dan wanita yang saling memandang, saling berbual tanpa keperluan syar’i, bersentuhan atau bersalaman, serta apa yang disebutkan melalui hadis ini tentang zina adalah terlarang dan perlu dielakkan.

Jika kita teliti betul-betul, nescaya kita akan temui catatan-catatan yang sahih berkaitan wanita-wanita yang terdiri dari kalangan para sahabiyah di zaman Nabi. Yang mana mereka ini sifatnya amat pemalu. Mereka berusaha mengelak dari menjadi tatapan kaum lelaki dengan tetap mendiami rumah-rumah mereka. Jika mereka keluar pun, mereka akan keluar atas alasan yang syar’i dalam keadaan yang terjaga serta ditemani oleh mahram mereka.

Di antara sebab wanita dibenarkan keluar adalah seperti untuk solat berjama’ah, menuntut ilmu agama, dan beberapa yang lainnya yang diperlukan selagi mana berada dalam keadaan aman dari fitnah, mendapat izin dari wali atau suami, dan setelah hak-hak suami dan anak-anak ditunaikan dengan sempurna. Jika mereka keluar, diwajibkan pula untuk mendapat pengawasan atau ditemani oleh mahram, bebas dari ikhtilath, dan berpakaian dengan pakaian yang syar’i (menututp aurat).

Walaupun wanita dibenarkan untuk solat berjama’ah di masjid bersama dengan yang lainnya, Rasulullah tetap menegaskan bahawa solat terbaik bagi kaum wanita adalah di rumah mereka masing-masing. Untuk ke masjid pula, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyediakan pintu khas untuk para wanita bagi mengelakkan percampuran dengan kaum lelaki. Dalam solat, Islam mengasingkan pula saf wanita di belakang dan lelaki di hadapan. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا

“Sebaik-baik saf lelaki adalah yang paling hadapan dan yang paling buruk adalah yang paling belakang. Dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, yang terburuk bagi mereka adalah yang paling depan.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/435, no. 664)

Manakala ketika tamat sahaja solat (sebaik salam diucapkan), kaum wanita perlu segera beredar. Manakala kaum lelaki, mereka beranjak setelah para wanita selesai keluar terlebih dahulu.

Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha (salah seorang isteri Nabi). Beliau berkata:

أَنَّ النِّسَاءَ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُنَّ إِذَا سَلَّمْنَ مِنْ الْمَكْتُوبَةِ قُمْنَ وَثَبَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَنْ صَلَّى مِنْ الرِّجَالِ مَا شَاءَ اللَّهُ فَإِذَا قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ الرِّجَالُ

“Bahawasanya pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kaum wanita segera bergerak keluar (beredar) apabila mereka telah mengucapkan salam pada solat fardhu. Sementara itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kaum lelaki yang solat bersama-sama beliau tetap berada di tempat mereka bersesuaian dengan apa yang dikehendaki Allah. Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bangun, maka mereka pun ikut bangun.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/378, no. 819)

Bagi majlis-majlis ilmu pula, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengasingkan (memisahkan) di antara lelaki dengan wanita. Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu menceritakan:

جَاءَتْ امْرَأَةٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ الرِّجَالُ بِحَدِيثِكَ فَاجْعَلْ لَنَا مِنْ نَفْسِكَ يَوْمًا نَأْتِيكَ فِيهِ تُعَلِّمُنَا مِمَّا عَلَّمَكَ اللَّهُ

Ada seorang wanita datang menemui Rasulullah lalu berkata, “Wahai Rasulullah, kaum lelaki telah pergi dengan membawa hadis-hadis daripada engkau. Maka luangkanlah satu hari untuk kami (kaum wanita) supaya kami dapat menemui engkau pada hari tersebut dan engkau mengajarkan kepada kami apa-apa yang telah diajarkan Allah kepada engkau.”

Rasulullah pun menjawab:

اجْتَمِعْنَ فِي يَوْمِ كَذَا وَكَذَا فِي مَكَانِ كَذَا وَكَذَا فَاجْتَمَعْنَ فَأَتَاهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَّمَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَهُ اللَّهُ

“Berkumpullah kamu pada hari ini dan ini, di tempat ini dan ini.”

Setelah itu, para wanita pun berkumpul di tempat yang dijanjikan tersebut. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menemui mereka dan mengajar mereka perkara-perkara yang telah diajarkan oleh Allah kepadanya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/284, no. 6766)

Hadis daripada Ummu Salamah ini menunjukkan bahawa tidak boleh melakukan ikhtilath walaupun untuk menuntut ilmu. Sekiranya ia dibenarkan, sudah tentu kaum wanita akan duduk bersama-sama kaum lelaki di dalam majlis-majlis ilmu bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Manakala ulama terdahulu (dari kalangan salaf) menyatakan bahawa majlis ilmu yang melibatkan kehadiran lelaki dan wanita, ia perlu dipisahkan dengan diletakkan tabir yang menghijab (menutup). Iaitu Menutup kaum wanita dari pandangan kaum lelaki.

Ini antaranya berdalilkan ayat 53 dari Surah al-Ahdzaab atas alasan menjaga kesucian hati kaum lelaki dan wanita serta lebih mampu mengelakkan fitnah. Imam al-Qurthubi rahimahullah menjelaskan dalam Tafsirnya berkenaan ayat tabir tersebut (Surah al-Ahdzaab, 33: 53) adalah mencakupi seluruh kaum wanita walaupun asalnya ditujukan kepada isteri-isteri Nabi.

Dari itu, jika dalam urusan ibadah solat fardhu di masjid dan menuntut ilmu pun demikian keadaannya, maka apatah lagi selain dari perkara tersebut, tentu perlu lebih dijaga lagi.
Namun agak sedih hari ini, fitnah ikhtilath amat berleluasa bukan sahaja di pasar-pasar, di jalan-jalan, di pusat-pusat membeli-belah, di tempat-tempat kerja, atau di majlis-majlis walimah, tetapi juga telah sampai sehingga ke masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian umat Islam.

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha sendiri pernah mengutarakan sesuatu apabila beberapa bentuk fitnah dari kalangan wanita mula berlaku. Beliau mengatakan:

لَوْ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى مَا أَحْدَثَ النِّسَاءُ لَمَنَعَهُنَّ الْمَسْجِدَ كَمَا مُنِعَتْ نِسَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ

“Sekiranya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat apa yang dilakukan oleh para wanita pada masa sekarang ini, nescaya beliau akan melarang mereka dari pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita Bani Israel dilarang ke masjid.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/378, no. 822. Muslim, 2/438, no. 676)

Dalam sebuah hadis yang lain, daripada Hamzah B. Abu Usaid al-Anshari daripada bapanya, bahawasanya ia pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbicara ketika berada di luar masjid sehinggalah berlaku percampuran lelaki dan wanita di tengah jalan. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda kepada kaum wanita:

اسْتَأْخِرْنَ فَإِنَّهُ لَيْسَ لَكُنَّ أَنْ تَحْقُقْنَ الطَّرِيقَ عَلَيْكُنَّ بِحَافَّاتِ الطَّرِيقِ فَكَانَتْ الْمَرْأَةُ تَلْتَصِقُ بِالْجِدَارِ حَتَّى إِنَّ ثَوْبَهَا لَيَتَعَلَّقُ بِالْجِدَارِ مِنْ لُصُوقِهَا بِهِ

“Hendaklah kamu melambatkan dalam berjalan (supaya berjalan di belakang), kerana kamu tidak berhak untuk memenuhi tengah-tengah jalan. Dan hendaklah kamu berjalan di tepi jalan.”

Sehingga ada seorang wanita yang serta-merta berjalan merapat ke dinding, hingga bajunya tersangkut pada dinding disebabkan terlalu rapat dengan dinding.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 14/16, no. 4588. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Sebenarnya bukan setakat itu ketegasan dalam menangani soal ikhtilath ini, malah sejak dari awal kecil lagi Nabi memerintahkan agar mendidik anak-anak berbeza jantina supaya tidak terlalu bebas bercampur-gaul. Biarpun sesama ahli keluarga, Islam tetap menggariskan beberapa batasan atau panduan tertentu bagi mereka. Antaranya ketika seawal usia 10 tahun lagi anak-anak berlainan jantina telah dilarang dari tidur bersama-sama dalam satu tempat tidur atau bilik. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مُرُوا أَبْنَاءَكُمْ بِالصَّلَاةِ لِسَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

“Perintahlah anak-anak kamu bersolat pada usia 7 tahun. Pukullah mereka jika mereka meninggalkan solat pada usia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad, 11/369, no. 6756. Dinilai hasan oleh an-Nawawi, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth)

Bayangkanlah, sekiranya di zaman Nabi dan para sahabat pun mereka tetap bersembunyi dan mengelakkan diri dari khalayak kaum lelaki. Yang mana pada masa tersebut kita ketahui orang-orang yang teguh beriman amat ramai serta mendominasi pula masyarakat.

Berbeza dgn zaman ini, lelaki yang tegar beriman semakin kurang. Yang beriman tetapi lemah pun ramai. Lelaki-lelaki fasiq dan suka mengambil kesempatan pula yang banyak berkeliaran. Yang kafir juga tidak kurang ramainya.

Maka, sepatutnya kaum wanita beriman pada hari ini wajib lebih berhati-hati dan perlu memiliki rasa malu yang tinggi dari menjadi tatapan lelaki-lelaki asing di luar. Apatah lagi khabar-khabar fitnah dan jenayah yang mengaitkan wanita dalam masyarakat hari ini begitu banyak sekali.

Apa yang penulis sebutkan ini adalah bagi mereka yang menutup aurat dengan baik. Sekiranya golongan yang menutup aurat dengan sempurna pun dengan tegas disarankan supaya menekuni rumah-rumah mereka dan menjauhi ikhtilath, maka apatah lagi kepada golongan wanita yang terang-terangan menzahirkan auratnya di hadapan umum?

Penulis mendoakan semoga mereka berserta diri ini diberi hidayah, kekuatan, serta petunjuk oleh Allah Subhanu wa Ta’ala agar segera dan sentiasa berlindung untuk menjauhi fitnah ikhtilath dengan mengikuti petunjuk agama yang murni ini. Semoga kita semua tidak menjadi fitnah di antara satu sama lain sebagaimana dikhabarkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam sabdanya:

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ

“Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih bahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim – Muttafaq ‘alaih)

Saidina ‘Ali radhiyallahu ‘anhu pernah berkata kepada isterinya, (iaitu) Fathimah radhiyallahu ‘anha:

يا فاطمة ما خير ما للمرأة؟

“Wahai Fathimah, apa yang terbaik untuk seseorang wanita?” Fathimah menjawab:

أن لا ترى الرجال ولا يروها

“Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya.” ‘Ali berkata lagi:

ألا تستحيون؟ ألا تغارون؟ يترك أحدكم امرأته تخرج بين الرجال تنظر إليهم وينظرون إليها

“Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun melihat mereka pula.” (Lihat: adz-Dzahabi, al-Kaba’ir, m/s. 171-172. Dinukil daripada: ‘Abdullah al-Jarullah, Mas’uliyyah al-Mar’ah al-Muslimah, m/s. 67)

Sebagaimana yang penulis sebutkan di awal tulisan, ikhtilath juga boleh berlaku melalui perbualan. Dalam Islam, seorang wanita tidak dibenarkan berbicara dengan suara lemah-gemalai seperti suara orang menggoda melainkan terhadap suami mereka. Sebaliknya hendaklah mereka berbicara dengan suara yang baik dan normal apabila ada keperluan yang syar’i.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلا مَعْرُوفًا

“... Janganlah kamu melemah-gemalaikan suara dalam berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Surah al-Ahdzaab, 33: 32)

Apa yang dimaksudkan dalam ayat ini berkenaan melembutkan suara adalah merujuk suara yang dilemah-gemalaikan atau dimanjakan seperti sedang menggoda atau seperti suara seorang isteri ketika bersama-sama suaminya. (Rujuk Tafsir al-Qurthubi dan Tafsir Ibnu Katsir, 6/409)

Asal zahir ayat ini adalah untuk isteri-isteri nabi, tetapi sebenarnya ia juga meliputi seluruh wanita mukmin kerana wanita yang mukmin itu mengikuti isteri-isteri nabi.

Pada hari ini, ikhtilath bukan sahaja berlaku secara umum di tempat-tempat terbuka ataupun tertutup yang berlaku secara langsung. Tetapi seiring dengan zaman teknologi dan gadget canggih hari ini, ikhtilath boleh berlaku di mana-mana sahaja. Antaranya melalui pelbagai jenis media, perbualan telefon, pesanan sms, aplikasi video, sehinggalah di alam maya seperti internet. Ikhtilath hari ini berlaku dengan lebih dahsyat lagi apabila munculnya pelbagai perisian perbualan seperti Yahoo Messenger! dan juga laman-laman sosial seperti facebook, twitter, friendster, dan seumpamanya yang mana pengguna boleh berkongsi banyak perkara menggunakannya.

Sehingga golongan yang tidak terlibat juga adakalanya turut terfitnah dengan sebab penyalah-gunaan pelbagai aplikasi tersebut. Mana tidaknya, apabila masing-masing individu berlumba-lumba untuk memaparkan, menayangkan, menyebarkan, dan menunjukkan gambar-gambar atau rakaman-rakaman video mereka dengan pelbagai gaya tersendiri untuk tatapan dan hidangan ramai.

Entah kenapa akhir-akhir ini manusia begitu ghairah menyebar-luaskan gambar-gambar dan video-video tentang diri mereka di sana sini. Ia seakan menjadi satu hobi dan kegilaan. Masing-masing memanfaatkan semaksimum mungkin fungsi yang disediakan dari aplikasi “tag photo atau video” bagi mengajak seberapa ramai individu lain yang boleh dicapai dalam laman sosial berkaitan supaya sama-sama melihat dan menonton mereka.

Akhirnya tersebarlah gambar-gambar mereka dengan pelbagai aksi sama ada yang menutup aurat, terdedah aurat, separa telanjang, menggoda, dan sebagainya. Sesiapa sahaja boleh menonton dan menatap gambar-gambar mereka. Sama ada mereka sedar atau tidak, wajah-wajah mereka juga mungkin turut menjadi bahan yang dinikmati manusia-manusia berpenyakit dalam hatinya. Tidak ada lagikah perasaan malu dalam diri mereka?

Selain gambar dan video, laman-laman sosial ini turut menyediakan ruang sembang yang agak luas kepada sesiapa sahaja. Dari sini berlakulah sama ikhtilath melalui tulisan dan chatting di antara lelaki dan perempuan. Sambil berbual mereka bergurau. Sambil bergurau, mereka mengacah dan menggoda pula.

Demikianlah jika perasaan malu telah hilang, apa sahaja mungkin berlaku dan bebas untuk dilakukan. Perkara maksiat sudah dianggap biasa tanpa ada rasa bersalah dan berdosa. Sampai para nabi terdahulu pun pernah mengungkapkan, “Jika kamu tidak malu, maka lakukanlah sesuka hatimu.”

Apa yang lebih merisaukan di sebalik itu, mereka sendiri pun tidak tahu ke mana dan siapa akhirnya yang akan memanfaatkan perbualan, video, dan gambar-gambar mereka tersebut. Boleh jadi mungkin ada orang jahat, pendengki, perogol, mahupun penjenayah yang memerhati untuk mengambil kesempatan.

Perkara-perkara seperti inilah akhirnya mampu mengundang pelbagai bentuk fitnah dan gejala buruk tidak dijangka. Sekaligus mungkin juga membantu meningkatkan kadar jenayah sedia ada yang memangsakan kaum wanita.

Dari itu selaku orang-orang beriman dari kalangan wanita, sedarilah persoalan ini. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Ambillah petunjuk agama dalam menjaga diri-diri kalian. Tutupilah apa yang telah Allah tutupi buat diri-diri kalian. Nilailah diri-diri kalian dengan harga yang mahal. Jangan biarkan dengan mudah dan semurah itu untuk diri kalian ditonton, ditatapi, dan dinikmati oleh lelaki-lelaki yang berpenyakit hatinya di luar sana.

Sebelum anda meminta orang lain supaya menundukkan pandangan terhadap anda, sebenarnya anda terlebih dahulu perlu berusaha melindungi diri anda dengan apa yang telah disyari’atkan oleh Islam. Iaitu dengan tidak membiarkan diri anda dicanang dan disepah merata tempat.

Jadilah wanita muslim yang beriman. Wanita beriman itu bukan wanita murahan. Kerana wanita beriman itu amat mahal lagi berharga. Yang harganya tidak ternilai sedikitpun dengan helaian wang ringgit. Melainkan dengan apa yang telah dinilai dan ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala bagi diri-diri mereka. Mereka menerima, bersyukur, dan redha dengannya. Ganjaran buat mereka adalah Syurga Allah yang luas terbentang.

Rasulullah Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا: ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

“Apabila seorang wanita telah mendirikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya (atau kemaluannya), serta mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, “Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang engkau mahu.”” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/199, no. 1661. Ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 5/34, no. 4598. 8/339, no. 8805. Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, 9/471, no. 4163. Hadis hasan lighairihi)

Wallahu a’lam...


Bayangkan ini:
Semua tahu solat itu tiang agama. Perkara pertama di dalam rukun Islam. Tidak layak seorang itu mengaku Islam tetapi tidak pernah solat dan selalu tinggal solat. Adakah kewajiban solat lima waktu wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa ? Jika seseorang itu sudah baligh...?

Apabila seseorang yang sering meninggalkan solat lima waktu telah dinasihati dan ditegur agar dia mengambil berat akan ibadat solatnya dan dia sedar akan kebenaran itu. Adakah (si peninggal solat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan setiap solatnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si peninggal solat) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya 'on the spot' untuk mematuhi semua solat lima waktu tanpa melengah-lengahkan masa ?


Bolehkah memperlahan-perlahankan kewajiban solat setelah ditegur dan dinasihat ?



Aplikasi teori di atas:

Semua tahu wanita Islam WAJIB memelihara aurat. Berdosa besar jika wanita Islam membenarkan mana-mana bahagian tubuhnya dinikmati melalui fizikal dan pandangan mata oleh lelaki-lelaki bukan suaminya. Ramai wanita sedar bahawa fesyen ketat, sendat, singkat dan jarang itu tidak dibenarkan di dalam Islam. Dan ramai juga tahu, sepertimana aurat wanita diperlihara di dalam solat, begitu jugalah aurat mereka di kehidupan harian. Adakah kewajiban memelihara aurat di kalangan wanita Islam wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa sehingga mereka benar-benar bersedia ? Jika seseorang itu sudah baligh...?

Apabila seseorang wanita yang sering mendedah dan mempermainkan aurat telah dinasihatkan agar dia segera mengambil berat akan auratnya dan dia sebenarnya sedar akan kebenaran itu. Adakah (si wanita pendedah aurat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan kewajiban memelihara auratnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si wanita pendedah aurat itu) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya mematuhi tatacara berpakaian wanita mengikut Islam tanpa melengah-lengahkan masa, kerana ia adalah arahan ALLAH ?


Bolehkah memperlahan-lahankan kewajiban memelihara aurat setelah ditegur dan dinasihat ?


Jadi, satu lagi persoalan saya ajukan.

Kewajiban menutup aurat. Wujudkah istilah menutup aurat secara perlahan-lahan ? Wujudkah istilah 'slow-slow' tutup aurat..? Jauh di sudut hati, rasa belum puas untuk menayang kecantikan diri dan rasa tidak sanggup meninggalkan koleksi pakaian sendat dan ketat yang sekian lama digemari.
Sebelum saya memulakan entri ? Saya ingin mengajukan satu soalan.

Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Betulkah ?

Reaksi penulis:
"Bodohnya....jika dalam dunia realiti mereka harap sebegitu daripada lelaki-lelaki..."

Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini rasa bangga diri dengan kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak gambar dengan aksi posing yang lebih memikat.
Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan manja mereka di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks, miang, mata keranjang dan stalker di luar sana yang setiap hari menyelongkar blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook perempuan cantik, kemudian melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan nafsu mereka. Apabila mereka berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka akan 'save' ke dalam PC mereka untuk dilihat-lihat pada masa hadapan.

Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan rangsangan untuk
*ber 'masturbasi'. Anda pasti tahu apa itu *'masturbasi', tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.

Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat.
Pergi sekolah bertudung. Di tempat kerja pun bertudung. Kebanyakan masa dia bertudung
Apa yang bodohnya:
Bila dalam bilik dia tanggal tudung, boring-boring dia pergi ambil kamera digital /kamera handphone, 'snap' gambar sendiri yang tak pakai tudung, lepas tu upload dalam Facebook atau blog peribadi. Dalam album online dia, secara sengaja telah memberi perbandingan percuma gambar dia bertudung dan tak bertudung, mana yang lebih cantik.

Stupidity #2


Allah memang anugerahkan dia rezeki muka yang lawa. Ditambah pula dengan susuk tubuh yang cantik. Rezeki halal untuk suaminya yang sah suatu hari nanti,
(bukan untuk ditayang-tayangkan) . Apa yang bodohnya: Mentang-mentang dia tahu dia perempuan lawa dan dia perasan ramai lelaki minat tengok dia. Dia mula jadi GEDIK iaitu menunjuk-nunjuk tarikan kecantikan dan kewanitaannya agar lelaki-lelaki lebih berminat melihatnya. Dia berani pakai baju sendat, jeans sendat dan fesyen Mulismiah pelik, selepas itu posing dalam gaya yang manja dan kemudian upload gambar-gambar tersebut dalam Facebook atau blog peribadi supaya ramai orang dapat tengok.


Stupidity #3


Muka yang comel dan lawa Allah anugerahkan kepada dia. Ramai lelaki yang melihat memang akan terpersona. Pakaian dia tidaklah sendat dan seksi, tetapi masalah dia ialah gemar 'snap' gambar wajah sendiri yang comel cun itu dan upload ke dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok. Lelaki-lelaki gila seks pun tengok muka juga, mereka memang suka yang cantik dan comel, yang hodoh mereka tak ingin. Awas !


Stupidity #4


Wanita Melayu Islam kategori ini adalah yang paling melampau dan juga paling hipokrit. Bertudung sebab nak pergi sekolah dan ke tempat kerja sahaja.
Apa yang hipokritnya: Bila keluar jalan-jalan di bandar, dia buka tudung, pakai jeans sendat atau legging, baju sendat siap boleh nampak lurah buah dada. Pergi clubbing dan berparti sosial, lepas tu ambil gambar sendiri dalam keadaan begitu dan upload dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok.


Stupidity #5


Lelaki dan perempuan jika sudah berkahwin sudah halal pegang-pegang dan peluk-peluk. Itu memang diakui.
Apa yang bodohnya: Banyak kes, suami isteri berposing dalam keadaan manja bermesraan, pakaian si isteri tersayang pula sendat dan ketat di dalam baju persandingan, kemudian diambil gambar mereka. Jika untuk tatapan diri sendiri dan keluarga terdekat memang OK. Tetapi, ada juga pasangan yang gatal meng-upload gambar romantis mereka itu ke dalam Facebook dan blog. Kalau pakaian si isteri imej 'ala-ala alim agama', mungkin selamatlah, tetapi yang ini baju kain satin, potongan sendat dan jarang pula tu. Alamat, stalker curi dan kena fantasi lah !

Jika berbalik kepada Islam, Islam ternyata melarang wanita-wanita Islam bermegah-megah dengan daya tarikan seksual dan kecantikan yang mereka ada. Allah memberikan nikmat kecantikan wajah dan tubuh badan kepada wanita-wanita tertentu sebagai ujian kepada nafsu kaum lelaki dan juga ujian terhadap wanita-wanita terbabit. Ini kerana Allah mengarahkan wanita-wanita Islam agar memelihara aurat sepenuhnya dan memastikan kecantikan fizikal dirinya hanya dapat dinikmati dengan sangat seronok oleh lelaki yang halal baginya iaitu sang suami suatu hari nanti.


Menunjuk-nunjuk kecantikan, membawa padah pada harga diri sendiri.


Renung-renungkan. Selamat beramal.
Tudung baru ditempah disarungkan ke kepala. Badan dipakaikan dengan set baju kurung corak istimewa yang dibeli dari butik Muslimah tersohor. Muka disolek dengan 'make-up” yang tebal dan warna gincu yang menggoda. Beberapa 'pose' yang comel dan menawan diberikan kepada si pengambil photo. Akhirnya, sebuah imej Muslimah yang ayu dan anggun siap sedia diabadikan dalam bentuk gambar. Tidak puas untuk sekadar tatapan sendiri, gambar yang cantik berbusana itu dimuat-naik ke laman sosial dan blog sendiri agar dapat dilihat oleh rakan-rakan dan pelawat-pelawat. Pujian dan komen yang indah dari pelawat lantas membuatkan diri bangga di atas kecantikan yang dimilikinya.
Semakin ghairah golongan Muslimah mempertontonkan kecantikan mereka, maka semakin hilanglah hikmah dan pesona kebaikan di sebalik tujuan sebenar menutup aurat ( Hijab ) yang sebenarnya sebagaimana yang diwar-warkan oleh Islam.
Situasi bermegah-megah dengan kecantikan ini ditambah lagi dengan kemunculan kerjaya dan hobi yang berasaskan elemen kecantikan, dandanan dan paparan wajah yang dijalankan secara full-time ataupart-time, seperti model busana muslimah, jurumekap dan jurugambar ( photographer). Permintaan dari pasangan raja sehari untuk mengabadikan momen bersejarah dengan pelbagai aksi dan sisi juga tidak kurang hebatnya terutama ketika musim cuti sekolah di mana banyak majlis resepsi dan perkahwinan diadakan. Tidak mengapa andai ia sekadar untuk simpanan peribadi dan tatapan kaum keluarga semata-mata, akan tetapi bila ianya dikongsi untuk tatapan umum di laman maya, maka sudah pasti ada keburukan tanpa sedar tercipta darinya.
Perlu wanita-wanita Islam sedari bahawa Hijab itu adalah lambang kemuliaan. Ia bertindak sebagai benteng yang kukuh untuk menjauhkan seorang gadis dari maksiat, gangguan lelaki jahat dan seterusnya meninggikan darjat kemuliaannya di tengah-tengah masyarakat. Inilah yang membezakan darjat kemuliaan antara muslimat mukminat dan wanita-wanita JAHILiah kerana wanita JAHILiah, tatkala mereka keluar dari rumah, mereka ingin tampil berbeza dan lebih cantik dari wanita yang lain. Mengejar pujian dan sanjungan adalah matlamat utama terutama dari lelaki-lelaki yang tertarik dengan kejelitaan dan keindahan mereka.
Hijab itu adalah pesona kesucian hati. Peranan ini diiktiraf sendiri oleh ALLAH SWT kerana dengan ‘hijab’ yang benar, ia mampu melindungi pemakainya dari dilihat oleh lelaki secara tidak wajar seterusnya meleburkan keinginan-keinginan syahwat yang mungkin timbul dari pandangan mata tersebut. Dengan ini, mata yang ter’hijab’ dapat menjamin kesucian hati pemiliknya dan orang-orang yang berurusan bersama mereka.
Tujuan memakai busana Muslimah (tudung, baju kurung, jubah) sudah lari dari tujuan asalnya. Tidak percaya ? Lihat sendiri di tempat kerja, majlis keraian dan kenduri kahwin.
ari ini, kita dapat menyaksikan pelambakan fesyen baru tudung dan pakaian Muslimah serta kewujudan butik-butik Muslimah moden tumbuh pesat bagaikan cendawan. Adakah fenomena ini benar-benar berasaskan matlamat memelihara aurat dan melahirkan seorang Muslimah yang memiliki sifat malu, rendah diri dan penuh kesederhanaan ? ATAUPUN fenomena fesyen Muslimah sekarang ini lebih bersifat trend untuk kelihatan mempersona dan bergaya di hadapan masyarakat yang lebih berpaksikan amalan ingin menunjuk-nunjuk kecantikan ?
"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)
2. Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimanakah pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ??

Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.

..................................................................................................................

Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..
Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan-soalan ini.

1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?

4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?


Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.


Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindungi

Kisah Perang Badar

Pada bulan Shafar, awal bulan ke-12 sejak hijrahnya Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa sallam (Saw) ke Madinah, untuk pertama kalinya Rasulullah Saw keluar dengan tujuan berperang. Peperangan ini dikenal dengan sebutan Perang Widan. Inilah permulaan disyariatkannya sebuah peperangan dalam Islam.
Perang ini bertujuan memerangi kaum Quraisy dan Bani Hamzah. Sayangnya, meski persiapan sudah matang, peperangan tak sempat berkecamuk. Sebab, Bani Hamzah menawarkan perdamaian. Rasulullah Saw bersama para sahabat kemudian kembali ke Madinah.
Selang beberapa saat, Rasulullah Saw mendengar berita kedatangan kafilah kaum Quraisy di bawah pimpinan Abu Sufyan bin Harb dari Syam. Kafilah ini menuju Mekah.
Abu Sufyan adalah musuh kaum Muslim. Mengingat dulu, saat kaum Muslim masih berada di Mekah, harta mereka banyak yang dirampas oleh kafir Quraisy, maka Rasulullah memerintahkan untuk mencegah iring-iringan kafilah tersebut dan merampas barang bawaan mereka sebagai gantinya.
Anjuran Rasulullah Saw ini hanya disambut oleh sebagian kaum Muslimin di Madinah. Mereka menyangka, seperti halnya pada Perang Widan, tak bakal terjadi peperangan.
Pada suatu malam di bulan Ramadhan, berangkatlah sekitar 314 orang Muslim, langsung dipimpin Rasulullah, dengan membawa 70 ekor unta. Setiap unta ditunggangi secara bergantian oleh dua atau tiga orang.
Rencana penyerangan ini bocor. Abu Sufyan, setelah mendengar rencana penghadangan ini, segera mengutus seorang kurir bernama Dhamdham bin Amer Al Ghiffari ke Mekkah untuk meminta bantuan kaum Quraisy. Ia khawatir harta kekayaan yang sedang ia perniagakan direbut oleh kaum Muslim.
Demi mendengar berita dari utusan Abu Sufyan, seluruh kaum Quraisy dengan serta merta menyiapkan diri lalu berangkat meninggalkan Mekah menuju Madinah dengan tujuan berperang. Tak seorang pun dari tokoh Quraisy yang tertinggal. Jumlah pasukan kira-kira 1.000 personil.
Awalnya, pasukan Muslim tak mengetahui keberangkatan bala bantuan tersebut. Sementara iring-iringan kafilah Abu Sufyan telah berhasil meloloskan diri dengan menyusuri mata air Badar, terus ke pantai, lalu menuju Mekkah.
Setelah mengetahui rencana penghadangan gagal dan bala tentara Quraisy dalam jumlah besar akan menyerbu kaum Muslim, Rasulullah Saw segera mengumpulkan para sahabatnya kaum Muhajirin. Dalam keadaan tak memiliki pilihan lain kecuali berperang untuk mempertahankan diri, Rasulullah Saw masih sempat meminta dukungan kepada para sahabatnya.
Ternyata, meski jumlahnya sedikit, semangat kaum Muhajirin untuk berjihad tetap menyala. Apalagi, perang sudah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala (Swt).
Kaum Quraisy, di bawah pimpinan Abu Jahal, mulai berjalan ke arah lembah Badar. Lembah ini memang sejak lama diincar oleh Abu Jahal untuk diduduki. Mereka bergerak sampai ke salah satu sisi lembah Badar.
Sedangkan pasukan Muslim, dipimpin Rasulullah Saw, tiba di pinggir yang berseberangan. Posisi mereka nyaris berhadap-hadapan di dekat mata air Badar.
Salah seorang sahabat, Al Habab bin Mundzir Radhiyallahu ‘anhu (Ra), bertanya kepada Rasul Saw, ”Ya Rasulullah, apakah dalam memilih tempat ini Anda menerima wahyu dari Allah Swt yang tidak dapat diubah lagi? Ataukah berdasarkan taktik peperangan?”
Rasulullah Saw menjawab, ”Tempat ini kupilih berdasarkan pendapat dan taktik peperangan!”
Al Habab mengusulkan, ”Ya Rasulullah! Jika demikian, ini bukan tempat yang tepat. Ajaklah pasukan pindah ke tempat air yang terdekat dengan musuh. Kita membuat kubu pertahanan di sana dan menggali sumur-sumur di belakangnya. Kita membuat kubangan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dalam keadaan persediaan air minum cukup, sedangkan musuh tidak akan memperoleh air minum!”
Rasulullah Saw menjawab, ”Pendapatmu cukup baik!” Lalu, pasukan Muslim bergerak ke tempat yang diusulkan oleh Al Habab bin Mundzir Ra.
Ketika tentara musyrik Quraisy dengan angkuhnya maju menuju lembah Badar, Rasulullah Saw segera mengangkat tangannya ke langit, seperti dilakukan oleh Nabi-nabi Bani Israil, dan berdoa, ”Ya Robbi! Jika pasukan kecil ini sampai binasa, tidaklah akan ada lagi yang menyembahMu dengan hati yang ikhlas!”
Rasul Saw terus memanjatkan doa kepada Allah Swt dengan khusyuk seraya menengadahkan kedua telapak tangan ke langit.
Abu Bakar Ash Shidiq Ra, yang melihat kesedihan di wajah Rasulullah Saw, berusaha menenangkan hati junjungannya itu seraya berkata, ”Ya Rasulullah, demi diriku yang berada di tangan-Nya, bergembiralah! Sesungguhnya Allah pasti akan memenuhi janji yang telah diberikan kepadamu!”
Lalu, tiga orang Quraisy maju ke lapangan terbuka yang memisahkan kaum Muslim dan kaum Quraisy. Inilah kebiasaan orang Arab saat pertempuran akan dimulai: duel satu lawan satu. Tiga sahabat Rasul Saw, Hamzah, Ali bin Abu Thalib –dengan pedang bercabang dua yang diberi nama Zulfikar– dan Abu Ubaidah, menerima tantangan itu.
Pertarungan berlangsung seru. Akhirnya, Hamzah, Ali, dan Abu Ubaidah, memenangkan pertarungan. Dengan kemenangan ini semangat kaum Muslim semakin membara. Sebaliknya, kaum Quraisy semakin ketakutan.
Pertarungan pun kemudian berubah menjadi pertarungan umum. Dan, benarlah Abu Bakar Ash Shidiq Ra bahwa Allah Swt tak pernah mengingkari janji-Nya.
Tertulis dalam Al-Qur`an surat Ali Imran ayat 3, yang artinya, ”Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang Muslim dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.”
Juga pada surat yang sama ayat 123 hingga 126, ”Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu menjadi orang yang bersyukur. (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang Mu’min, ‘Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)? Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap-siaga, dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.’ Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai kabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar tenteram hatimu karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Orang Mekah berhasil dipukul mundur. Mereka menderita kekalahan besar. Banyak pemimpin mereka yang tewas. Abu Jahal, salah satunya, jatuh sebagai korban kesombongannya yang tidak terkendalikan.
Dari pihak kaum musyrik, terbunuh 70 orang dan tertawan 70 orang. Sedangkan dari pihak kaum Muslim gugur sebagai syuhada 14 orang.
Tentara musyrik yang tertawan itu diperlakukan secara baik oleh kaum Muslim, kecuali dua orang, salah satu dari keduanya adalah Nazr bin Harits –seperti tertulis dalam Al-Qur`an surat Al Anfal ayat 32. Keduanya dihukum mati karena kebenciannya yang sangat kepada kaum Muslim.
Sementara tawanan yang lain diperlakukan dengan rasa kemanusiaan yang amat besar. Atas perintah Rasulullah Saw, mereka tak boleh disakiti. Bahkan, kaum Muslim membagi makanannya sendiri kepada para tawanan itu. Roti yang paling baik diberikan kepada kaum kafir yang malang, sementara kaum Muslim cukuplah menyantap buah korma saja. Para tawanan naik kendaraan, sementara pasukan Muslim hanya berjalan kaki. Mereka benar diperlakukan layaknya seorang tamu. [Sahid/www.hidayatullah.com]

Analisis Perang Badar

“Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.” (Ali-Imran:132)
Peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan 2 hijrah di Lembah Badar merupakan peperangan pertama yang dihadapi oleh umat Islam setelah berhijrah ke Madinah. Peperangan ini merupakan indikasi yang besar terhadap perjuangan umat islam dalam menyebar luaskan lagi agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA KEMENANGAN
1. Pengusiran umat islam dari kota Mekah dan rampasan harta benda.
Pengumuman perang telah dicanangkan oleh orang musyrikin sejak Baginda menyeru masyarakat Arab di Mekah untuk menyembah Allah. Mereka juga menghalalkan dan merampas harta benda milik orang Islam di Kota Mekah, khususnya terhadap orang Muhajirin
2. Memberi pengajaran kepada orang kafir Quraisy dan mengembalikan harta benda milik umat islam.
Baginda menghebahkan berita bahawa angkatan dagang Quraisy membawa bersama harta benda mereka
3. Penindasan kaum Quraisy terhadap umat islam hingga ke Kota Madinah
Penindasan yang dilakukan oleh orang Quraisy terhadap umat islam tidak hanya ketika mereka berada di Mekah. Dibawah pimpinan Kurz b. Habab Al-Fihri, mereka menghasut kaum Musyrikin lainnya untuk menyerang dan merampas balik harta benda milik umat Islam di kota Madinah
4. Kebimbangan orang Quraisy terhadap kekuatan ekonomi umat islam
Islam telah berkembang dan tersebar luas dan diterima baik oleh kebanyakan kabilah Arab setelah umat Islam berhijrah ke Madinah. Selain itu, keadaan ekonomi Madinah menjadi semakin kuat dan semakin kukuh. Kekuatan ekonomi umat Islam di Madinah menjadi satu tamparan besar buat orang Arab Quraisy di Mekah. Mereka tidak senang duduk dengan perkembangan dan kemajuan yang berlaku pada masyarakat Islam ketika itu.
TENTERA MUSLIM
Bilangan tentera dan peralatan perang bagi kedua-dua pihak ini adalah tidak seimbang . Namun pihak yang mempunyai jumlah tentera yang sedikit serta peralatan perang yang biasa telah memenangi peperangan ini. Berdasarkan cirri-ciri tersebut, kita dapat lihat bahawa kemengan umat Islam adalah bukan kerana kecanggihan alat perang atau ramainya bilangan tentera yang berjuang. Namun, kepimpinan yang mantap, ciri-ciri peribadi yang hebat, kerjasama yang utuh, hasil kesabaran mereka serta bantuan daripada Allah telah membawa umat Islam untuk melakar kejayaan dan kegemilangan dalam Perang Badar ini.
1. Ciri-ciri peribadi
Menunjukkan sikap yang sangat positif dan rasa kebersamaaan yang tinggi. Contohnya: Miqdad b Amru berkata : “Ya Rasulullah, teruskan apa yang Allah perlihatkan kepadamudan kami akan bersamamu. Pergilah engkau dan tuhanmu berjuang, sesungguhnya kami akan bersama kamu sebagai para pejuang
Percaya dan beriman dengan sepenuhnya terhadap apa yang dibawa oleh Rasulullah Contohnya: Sa’ad b Mu’adh berkata: “kami mempersaksikan bahawa apa yang engkau bawa adalah benar. Untuk itu kami telah memberikan perjanjian kami kepadamu untuk dengar dan patuh”
Rasa tawakal yang tinggi terhadap Allah
2. Kerjasama
Sentiasa patuh dengan arahan Rasulullah sebagai ketua dan sentiasa bersatu dalam membuat keputusan walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang
3. Bantuan Allah
Allah telah menghantar tentera malaikat untuk membantu tentera Muslimin. Ibn Ishak menyebut bahawa Rasulullah bersabda mafhumnya; “ Terimalah berita gembira hai Abu Bakar, bantuan Allah telah sampai kepadamu. Inilah JIbrail yang telah memegang tali kekangan kuda lalu memacunyanya di atas denai yang berdebu.”

STRATEGI MUSLIMIN
1. Menjalankan operasi perisikan
Sebelum perang berlaku, Rasulullah menjalankan operasi perisikan bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Kota Mekah untuk mengetahui perancangan tentera Qurasiy pada ketika itu.
2. Mendahului ke lokasi paling strategik
Sumber air memainkan peranan penting terutamanya dalam sesuatu peperangan yang berlaku ditengah-tengah padang pasir. Oleh itu, Rasulullah bergerak bersama dengan tenternya lebih awal supaya mereka sampai terlebih dahulu ke mata air Badar sebelum orang Musyrikin sampai.
3. Membina tempat duduk pemimpin
Sa’ad b Mu’adh mencadangkan kepada Rasulullah supaya tentera islam islam membina sebuah tempat tetap bagi Baginda mengeluarkan arahan demi menghadapi suasana yang tidak dijangka.
4. Menyusun pasukan tentera
Sesungguhnya banyak ibrah yang boleh dijadikan iktibar melalu kisah perang Badar ini. Pemilihan ketua yang berdedikasi serta berwibawa amatlah penting kerana dengan adanya pemimpin yang berkaliber lah sesuatu organisasi atau misi boleh dicapai.
Selain itu juga, berfikiran terbuka dan berpandangan jauh dalam merancang strategi juga memainkan peranan yang amat penting. Hal ini terutamanya ketika kita berhadapan dengan musuh yang sudah sememangnya mempunyai perancangan yang tersusun rapi. Saidina Ali ada berkata; “Suatu kebatilan yang tersusun akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”. Melalui hadis tersebut bolehlah disimpulkan bahawa teknik dan strategi yang mantap dan tersusun sangatlah penting sekiranya kita menginginkan kejayaan. Tetapi harus diingatkan bahawa sebaik mana pun perancangan kita, jangan pernah lupa pada perancangan Yang Esa kerana sesungguhnya Allah adalah sabaik-baik perancang.
Di samping itu juga, antara pengajaran yang boleh dikutip melalu peristiwa ini ialah keimanan serta ketakwaan yang tinggi kepada Allah. Kita juga hendaklah sentiasa yakin dengan bantuan dan janji-janji yang telah disebutkan oleh Allah. Jangan sekali-kali meragui janji Allah kerana sesunggunnya Allah tidak akan pernah mengingkari janjiNya. Justeru, sebagai orang islam yang beriman kepada Allah, kita mestilah sentiasa berdoa dan bertawakal kepda Allah kerana segala perkara yang berlaku kepada diri kita mahupun orang lain telah ditakdirkan oleh Allah. Oleh itu, bersyukurlah dengan nikmat dan ujian Allah yang diturunkan kepada hambanya yang beriman. Firman Allah:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”
Renunugilah kisah peperangan Badar ini kerana setiap yang berlaku itu bukanlah sia-sia dan semestinya banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran, sama ada dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.
Wallahua’lam.
Rujukan: SOLUSI ( Analisis Perang Badar 313)

CARA MEMPERKUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN

Ukhuwah

 

CARA MEMPERKUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN

by Nor Faridah Mohamat Ali on Monday, 21 February 2011 at 21:49
CARA MEMPERKUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN

Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang
positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam
memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan-peraturan ini di pegang
teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin
kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara
persaudaraan :

MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda
ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia
memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.

BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah
bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari
kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga
seperti itu."

MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis
yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda
ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang
dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia
senyuman kegembiraan." (HR Muslim)

BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya
bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat
tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari
Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan
melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."

MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik
meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah
berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai
kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling
memberi kerana Aku."

MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra
bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan
selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan
nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani).

MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu'
bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling
memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan
menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani
meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda
ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi
hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."

MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra.
Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban
penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan
beban penderitaannya
di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah
pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa
yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya)
di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika
hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)

MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN - Untuk memperkukuhkan ukhwah maka
adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara
lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika
bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).

Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang
muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan
mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa
dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa,
mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi. Maksud dari
semua itu adalah tidak lain
untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali gus untuk mempereratkan
ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah betul-betul ikhlas kerana
Allah SWT

~Hadith riwayat at-Tirmiza~

..akhirat negeri abadi..

Rasulullah bersabda yg maksudnya;

"siapa yang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan membuatnya merasa kaya dalam hatinya,segala urusannya menjadi teratur & dunia dtg kpdnya tanpa perlu mengejarnya. Sementara siapa yg menjadikan dunia sbg pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya,segala urusannya menjadi kacau dan kepadanya dunia dtg sekadar yg telah ditakdirkan baginya"
-hadis riwayat at-Tirmidzi-