![]() |
| Lukisan Iran (1314), menggambarkan pertemuan para pemimpin Muslim sebelum memulai Pertempuran Badar Mengikut sejarah, kekuatan tentera Fisabillah ketika itu hanyalah 314 orang Muslim (ada juga sumber mengatakan 313 orang tentera) yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah S.A.W termasuk 70 ekor unta manakala tentera kafir Quraisy pula berjumlah 3 kali ganda daripada tentera Islam iaitu 1000 orang, 600 pakaian perang, 100 ekor kuda, dan 700 ekor unta, dan persediaan makanan mewah. Berdasarkan perbezaan ketara ini, mana mungkin pihak Islam boleh memenangi pertempuran ini. Apatah lagi para tentera Islam yang dalam keadaan berpuasa, bisakah mereka untuk melawan pihak musuh yang begitu ramai. Akan tetapi, dengan barakah ibadat puasa, pertolongan dari Allah yang dijanjikan serta keyakinan dan kebijaksanaan Rasulullah dalam mencatur strategi peperangan, perang ini akhirnya memihak kepada Islam. Allah telah menghantar tentera malaikat untuk membantu tentera Muslimin. Ibn Ishak menyebut bahawa Rasulullah bersabda mafhumnya; “ Terimalah berita gembira hai Abu Bakar, bantuan Allah telah sampai kepadamu. Inilah JIbrail yang telah memegang tali kekangan kuda lalu memacunyanya di atas denai yang berdebu.”. Walaupun Allah menjanjikan pertolongan, Baginda Rasulullah tidak berdiam diri sahaja bahkan terus berdoa dan beribadat sepanjang malam demi mencapai kemenangan dalam peperangan ini. Peta lokasi Perang BadarPeperangan pertama antara Muslimin dan kafir Quraisy setelah Muslimin berhijrah ke Madinah. Untuk mengetahui sejarah Perang Badar secara terperinci, anda bolehlah ke blog/laman sesawang Perang Badar diberi nama sempena lokasi peperangan di masa itu, iaitu di Lembah Badar. seperti berikut : Dan untuk mengetahui faktor dan strategi yang membawa kemenangan dalam Peperangan Badar, anda juga boleh ke blog/laman sesawang ini, Analisis Perang Badar. Hikmah Dalam Peristiwa Perang Badar Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tentera Islam pula, apabila mereka balik ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secara langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dari masa ke semasa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam. |
"Hai orang2 yang beriman, jika dtg kpdmu org fasik membawa suatu berita, maka periksalah dgn teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kpd suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yg menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" (Al-hujuurat)..... Rasulullah SAW bersabda : من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan kebaikan maka ia difahamkan tentang (ilmu) agama (Muttafaq ‘Alaih)
HIKMAH : Kebesaran Allah (SWF)
Thursday, 11 August 2011
Perang Badar al-Kubra
~Hadith riwayat at-Tirmiza~
..akhirat negeri abadi..
Rasulullah bersabda yg maksudnya;
"siapa yang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan membuatnya merasa kaya dalam hatinya,segala urusannya menjadi teratur & dunia dtg kpdnya tanpa perlu mengejarnya. Sementara siapa yg menjadikan dunia sbg pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya,segala urusannya menjadi kacau dan kepadanya dunia dtg sekadar yg telah ditakdirkan baginya"
-hadis riwayat at-Tirmidzi-


No comments:
Post a Comment