HIKMAH : Kebesaran Allah (SWF)

Thursday, 11 August 2011

Adab-adab Puasa dan Sunnah-sunahnya:


Adab-adab Puasa dan Sunnah-sunahnya:

Digesa terhadap orang yang berpuasa supaya menjaga di dalam puasanya adab-adab yang berikut[1]:

1 – Bersahur:
Daripada Anas, bahawa Rasulullah r telah bersabda:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
[maksudnya]: (Bersahurlah, kerana di dalam bersahur terdapat keberkatan)[2].

Dan Sahur: adalah makan di akhir malam, dan Sunnah dilewatkan selama mana tidak dibimbangkan terbitnya fajar, kerana ia telah dilakukan oleh Nabi r. Daripada Anas bin Malik, daripada Zaid bin Thabit t, beliau berkata:
تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
[maksudnya]: (Kami telah bersahur dengan Nabi r, kemudian Baginda bangun kepada Solah. Aku katakan: Berapakah di antara azan dan sahur tersebut? Beliau berkata: Kadar lima puluh ayat)[3]

2 – Menyegerakan berbuka apabila telah pasti terbenamnya matahari:
Daripada Sahl bin Saad t, bahawa Nabi r telah bersabda:
لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ
[maksudnya]: (Sentiasalah orang ramai di dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka)[4].

Dan Sunnah hendaklah dia berbuka dengan rutob, sekiranya dia tidak dapati maka dengan tamar, sekiranya dia tidak dapat maka dengan air, kerana kata-kata Anas t: Dahulunya Nabi r berbuka sebelum solat dengan beberapa biji rutob. Sekiranya tidak ada rutob maka dengan beberapa biji tamar. Sekiranya tiada tamar maka Baginda akan meneguk beberapa teguk air[5].

3 – Doa Yang Ma’thur(*):
Telah sabit bahawa Nabi r dahulunya apabila Baginda berbuka, Baginda berkata:
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
[maksudnya]: (Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah tetap pahala -إن شاء الله-)[6].
4 – Hendaklah dia mengatakan kepada sesiapa yang mencelanya; 'aku berpuasa':
Kerana hadith Abi Hurairah, bahawa Nabi r bersabda:
وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
[maksudnya]: (dan apabila hari berpuasa seseorang di kalangan kamu, maka janganlah dia bercakap lucah dan janganlah dia menjerit-jerit. Jika seseorang memakinya atau menyerangnya maka hendaklah dia berkata "aku adalah seorang yang berpuasa".)[7]

5 – Menahan daripada apa yang bertentangan dengan Puasa:
Sesungguhnya telah bersabda r:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
[maksudnya]: (Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata bohong dan perbuatan dengannya, maka tiada pada Allah sebarang hajat terhadap dia meninggalkan makannya dan minumnya)[8].

Berkata penyair:
إذا لم يكن في السمع مني تصـاون
وفي بصـري غض وفي منطقي صمت
فحظي إذاً من صومي الجوع والظمأ
فإن قلت إني صمت يومي فما صمت

Sekiranya tidak ada pada pendengaran dariku sebarang pendinding
Dan pada penglihatanku penundukan dan pada percakapanku diam
Maka habuanku jika begitu dari puasaku adalah lapar dan dahaga
Jadi, jika aku berkata 'aku berpuasa hariku ini' aku tidak berpuasa

6 – Bermurah hati dan mengulang Al-Quran:
Kerana telah sabit daripada Ibnu Abbas -رضي الله عنهما-, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
[maksudnya]: (Rasulullah r adalah orang yang paling murah hati dengan kebaikan. Dan paling murah hari keadaan Baginda adalah di dalam Ramadhan, ketika menemuinya Jibrail, dan dia menemui Baginda pada setiap malam Ramadhan lalu dia mengulang ajar Baginda Al-Quran. Benar-benar Rasulullah r lebih murah hati dengan kebaikan daripada angin yang bertiup)[9].

7 – Bersungguh-sungguh di dalam Ibadat:
Apatah lagi di sepuluh akhir Ramadhan;
Daripada Aisyah -رضي الله عنها-,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
[maksudnya]: Bahawa Nabi r dahulunya, apabila masuk sepuluh akhir, Baginda akan menghidupkan malam, mengejutkan keluarga Baginda, bersungguh-sungguh dan Baginda akan mengetatkan kain(*) [10].

Telah sabit juga bahawa Baginda r:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
[maksudnya]: Dahulunya bersungguh-sungguh pada sepuluh akhir kadar yang Baginda tidak bersungguh-sungguh pada selainnya[11].


[1] Disepakati terhadapnya, Sahih Al-Bukhari nombor hadith 1803 dan Sahih Muslim nombor hadith 2308.
(*) mengetatkan kain : kiasan bagi maksud meninggalkan menyetubuhi isteri.
[1] Sahih Al-Bukhari no. 2024 dan Muslim 1174.
[1] Sahih Muslim no. 1175. Di antara keistimewaan sepuluh akhir tersebut adalah Baginda -صلى الله عليه وسلم- telah beriktikaf padanya dan padanya malam Qadar yang adalah lebih baik dari seribu bulan. Dan telah sabit bahawa ia adalah pada yang ganjil daripada malam-malam sepuluh akhir Ramadhan kerana sabda Baginda -صلى الله عليه




[1] Di kalangan para Ulama, terdapat mereka yang menamakannya sebagai Adab-adab Puasa seperti As-Syaukani di dalam Nail Al-Awtar 3\287, dan ada di kalangan mereka yang menamakannya sebagai Sunnah-sunnah Puasa.
[2] Disepakati terhadapnya, Al-Bukhari no. 1923 dan Muslim no. 1095.
[3] Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, no. 1334
[4] Disepakati terhadapnya, Al-Bukhari no. 1957 dan Muslim no. 1098.
[5] Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud no. 2356 dan At-Tirmizi 696, beliau berkata: hassan gharib.
(*) Ma’thur : Yang diwarisi dan dinukilkan daripada Nabi -صلى الله عليه وسلم-.
[6] Dikeluarkan oleh Abu Daud 2357, serta Ad-Darqutni dan beliau berkata: Isnad yang hassan. Dan telah diriwayatkan beberapa hadith di dalam mengekhaskan doa ketika berbuka, di antaranya adalah: "Untuk orang yang berpuasa ketika dia berbuka satu doa yang tidak tertolak" dan:  "Ya Allah! Kerana-Mu aku berpuasa dan dengan rezqi-Mu aku berbuka". Dan di dalam Sahih; tiga [golongan] yang tidak ditolak doa mereka dan di antara mereka adalah orang yang berpuasa sehingga dia berbuka. (lihat Irwa' Al-Ghalil oleh Al-Albani 4\36.
[7] Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, kitab: Puasa, bab: Adakah dia berkata 'aku berpuasa' jika dimaki, no. 1904 dan Muslim dengan nombor 1151. الرفث nikah dan الصخب meninggikan suara.
[8] Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abi Hurairah di dalam kitab: Puasa, dengan nombor 1904.
[9] Disepakati terhadapnya, Sahih Al-Bukhari nombor hadith 1803 dan Sahih Muslim nombor hadith 2308.
(*) mengetatkan kain : kiasan bagi maksud meninggalkan menyetubuhi isteri.
[10] Sahih Al-Bukhari no. 2024 dan Muslim 1174.
[11] Sahih Muslim no. 1175. Di antara keistimewaan sepuluh akhir tersebut adalah Baginda -صلى الله عليه وسلم- telah beriktikaf padanya dan padanya malam Qadar yang adalah lebih baik dari seribu bulan. Dan telah sabit bahawa ia adalah pada yang ganjil daripada malam-malam sepuluh akhir Ramadhan kerana sabda Baginda -صلى الله عليه وسلم-: (Periksalah malam Qadar pada yang ganjil dari sepuluh akhir Ramadhan) diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari hadith Aisyah, nombor hadith 2017.

No comments:

Post a Comment

~Hadith riwayat at-Tirmiza~

..akhirat negeri abadi..

Rasulullah bersabda yg maksudnya;

"siapa yang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan membuatnya merasa kaya dalam hatinya,segala urusannya menjadi teratur & dunia dtg kpdnya tanpa perlu mengejarnya. Sementara siapa yg menjadikan dunia sbg pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya,segala urusannya menjadi kacau dan kepadanya dunia dtg sekadar yg telah ditakdirkan baginya"
-hadis riwayat at-Tirmidzi-